SHAH ALAM: Belumpun persembahan finalis pertama, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 yang disiarkan secara langsung tanpa penonton di TV3 dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, ‘trending’ menerusi laman sosial, Twitter.
Menerusi tinjauan di Twitter, rata-rata memuji persembahan pembukaan menerusi lagu Gemilang, gandingan Ratu Rock, Ella, bersama bakat muda, Naim Daniel dan Yonnyboii.
Ia secara tak langsung mengubat kekecewaan peminat yang berharap dua penyanyi berbakat besar, Naim dan Yonnyboii Naim bertanding ke pentas akhir.

Seterusnya, persembahan lagu istimewa berjudul Baik Semula oleh Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju menyusul.
Lagu Baik Semula kali pertama disampaikan dengan mesej menyentuh situasi pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.
Rata-rata pengikut di Twitter menjangkakan lagu 7 Nasihat nyanyian Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta serta Gila (Kaka Azraff, Loca B dan Noki) dan Eh (Zizi Kirana) bakal mengungguli trofi utama, manakala Aina Abdul dan Ernie Zakri akan merebut gelaran Vokal Terbaik, AJL35.
AJL35 yang disiarkan dalam norma baharu menyaksikan gandingan tiga pengacara, Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Husni.
Sumber: bharian
More Stories
Wanita ini tak kisah suami kecil, anggap murah rezeki… Dukung terus jadi ‘patung cendana’, awas boleh pusing macam helikopter!
Hari-hari ada kecoh, wanita hamil dapat ‘priority lane’ beli nasi Arab Cef Ammar jawab tuduhan potong barisan… Sanggup datang dari Melaka!
Kerajaan Indonesia Tuduh Malaysia Mahu ‘Claim’ Budaya Reog Sebagai Warisan Negara