May 21, 2022

Anak Hadiahkan Rantai Emas, Ibu Menangis Terus Peluk Anak. Video Ni Buat Kita Sebak!

Bagaimana pula dengan diri kita? Adakah kita sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk melihat kedua ibubapa kita bahagia? Ada dalam kalangan kita yang tak kisah untuk berhabis wang ringgit bagi membahagiakan mereka kerana nilai mereka tidak dapat diukur dengan sebarang harta sekalipun.

Begitulah apa yang dilakukan oleh seorang wanita ini yang telah menghadiahkan ibu mentua beliau seutas rantai emas. Menerusi aplikasi Tiktok oleh pengguna dengan nama Fathin Amira, dia ada menunjukkan dirinya dan suami yang telah berkunjung ke sebuah kedai emas untuk membeli seutas rantai emas yang ingin dihadiahkan kepada ibu.

TELAH LAMA MERANCANG, NAMUN BELUM BERKEMAMPUAN

Menurutnya, dia dan suami telah lama merancang hadiah ini. Namun pada waktu tersebut, mereka masih belum mempunyai berkemampuan untuk mendapatkan hadiah tersebut buat ibunya.

Tujuannya bukanlah untuk menunjuk atau berlagak. Ia adalah sebagai salah satu tanda penghargaan yang dia boleh berikan buat ibu. Jangan dilupakan juga, lebih banyak dan ikhlas kita memberi kepada kedua ibubapa kita, akan lebih luas pintu rezeki dibukakan untuk kita. Itulah apa yang mereka berdua kejar menerusi hadiah ini selain daripada ingin melihat ibu bahagia.

TERUS MENANGIS MELIHAT HADIAH

Bukanlah intan permata yang dipinta ibubapa kita. Namun, pastinya hati tua mereka tidak dapat untuk membendung rasa terharu jika anak dan menantu memberikan hadiah kepada mereka. Jika ikhlas, keikhlasan itulah yang menjentik emosi mereka sehingga menangis terharu.

Didalam video yang dimuat naik tersebut, si ibu terus memeluk anak lelakinya sebaik sahaja dia melihat kotak yang berisi barang kemas tersebut. Tangisannya juga kedengaran semakin kuat apabila anaknya itu mula merungkai rantai emas yang sudah berpintal itu.

Menerusi video tersebut ada yang bertanyakan kenapa tidak balas pelukan ibunya. Ternyata itu hanya apa yang sempat terakam kerana aplikasi ini cuma dapat memuatkan 1 minit sahaja video. Menurut beliau, suaminya membalas pelukan tersebut tapi tidak dirakam.

Rata-rata warganet turut sebak dan terharu dengan tindakan mereka berdua yang menghadiahkan ibu mereka rantai emas tersebut. Ada juga yang tersentuh sampai mengalir air mata kerana mereka tidak dapat lagi untuk melakukan hal sedemikian disebabkan ibu mereka telah tiada.

Jadi, buat anda yang masih mempunyai ibubapa, manfaatkanlah masa dan peluang yang ada ini untuk terus berbakti dan membahagiakan mereka dengan sebaiknya. Jika anda tak berkemampuan, janganlah pula bebankan diri anda untuk mencari barang kemas juga untuk dihadiahkan.

Ibubapa kita tak pandang pun semua ini. Paling mudah yang anda boleh lakukan adalah sentiasa berikan duit belanja buat mereka semampu anda dan jangan lupa untuk menelefon bertanyakan khabar serta pulang bertemu mereka apabila berkesempatan.