May 18, 2022

Prank pelitup muka cetus kemarahan ramai, influencer bakal berdepan tindakan pengusiran

SEORANG YouTuber terkenal dan seorang influencer memohon maaf selepas gurauan atau prank pelitup muka yang dilakukan mereka mencetuskan kemarahan orang ramai.

Tindakan mereka menyebabkan pasport kedua-dua mereka dirampas.

Josh Paler Lin, yang mempunyai lebih tiga juta pelanggan di YouTube dan lebih 300,000 pengikut Instagram, melakukan prank bersama influencer warga Rusia, Lisha di Indonesia, awal bulan ini.

Prank tersebut dibuat dengan melukis muka untuk kelihatan seperti memakai pelitup muka, sebelum berjalan di sekitar sebuah pasar raya.

Seperti kebanyakan negara, adalah menyalahi undang-undang apabila berjalan memasuki premis tanpa memakai pelitup muka di Indonesia.

Video prank tersebut tular di media sosial, namun menerima kecaman ramai.

Menurut laporan Coconuts.co, seorang jurucakap pegawai serantau bagi Kementerian Hak Asasi Manusia dan Undang-undang mengesahkan pasport kedua-dua mereka telah dirampas.

Ketua polis Bali memberitahu agensi itu akan mengeluarkan surat cadangan supaya imigresen mengusir keluar pasangan itu.

“Mereka bukan saja melanggar undang-undang, tetapi sengaja melakukan provokasi di khalayak ramai, jadi adalah wajar untuk menjatuhkan hukuman lebih berat, bukan hanya denda tetapi juga pengusiran,” kata Dewa. – Daily Star