May 21, 2022

TANJUNG MALIM 09 JULAI 2020. Pelajar tahun akhir Program ijazah sarjana muda pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengikuti sesi kuliah Kaunseling Keluarga dan keibubapaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) di Fakulti Pembangunan Manusia, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City. Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dibenarkan kembali ke kampus secara berperingkat mulai bulan ini, dengan kemasukan sepenuhnya pada Oktober depan. NSTP/ASYRAF HAMZAH

“Apa Beza Dengan Bujang, Kami Pun Ada Mak Ayah” – Ada Yang Tak Happy Keputusan Pelajar IPT Balik Kampung?

Semalam, mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan pelajar-pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) untuk pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Hari Raya Aildilfitri kecuali negeri Sarawak.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menetapkan beberapa mekanisme kawalan di mana pergerakan pelajar akan dilaksanakan secara berfasa.

Biarpun keputusan itu dilihat seperti satu ‘rahmat’ buat pelajar untuk beraya dengan ibu bapa masing-masing, namun ramai juga yang tidak berpuas hati dengan perlaksanaan tersebut.

Tinjauan Gempak di platform Twitter mendapati orang ramai masih menganggap keputusan itu sebagai berat sebelah.

Alasannya, bukan pelajar sahaja yang mempunyai ibu bapa di kampung.

“Apa beza pelajar dengan individu bujang, kami pun perantauan”

“Bujang dan berkahwin sudah berbulan tak balik raya, apa beza dengan pelajar”

“Aku last balik raya haji tahun lepas weh, mak sakit pun kirim doa je lah. Aku tak beberapa nak setuju la hal ni, ke ok je pelajar balik, entah lah” tulis beberapa netizen.

Walaubagaimanapun, masih ramai yang mempertahankan keputusan berkenaan memandangkan kebanyakan kafe atau kedai akan tutup pada sambutan Aidilfitri.

Malah, situasi pelajar dengan individu bekerja amat berbeza.

Difahamkan, pergerakan pelajar sempena Aidilfitri ini dianggarkan melibatkan 103,994 pelajar yang kini berada di kampus daripada jumlah keseluruhan 1.3 juta pelajar. – gempak