Hasil daripada penelitian berkenaan kerajaan akhirnya mengeluarkan SOP Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini:
Perincian SOP itu adalah seperti berikut:
1. Takbir Raya
Takbir Raya di masjid/ surau dibenarkan di kawasan PKP, PKPB dan PKPP mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.
Namun begitu, bagi kawasan PKPD, tidak dibenarkan.
Bagaimanapun, amalan takbir dari rumah ke rumah tidak dibenarkan di semua kawasan.
Bagi kawasan PKP, PKPB dan PKPP, solat sunat hari raya dibenarkan berlangsung di masjid/ surau, namun dengan jumlah kehadiran serta penyertaan jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.
2. Solat sunat hari raya
Solat sunat hari raya di masjid/ surau tidak dibenarkan di kawasan PKPD.
MKN juga telah membuat keputusan bahawa jamuan selepas solat hari raya di masjid/ surau, rumah terbuka hari raya, ziarah tanah perkuburan tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD.
Bagi kawasan PKPB dan PKPP, jamuan selepas solat hari raya di masjid dan surau dibenarkan tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri. Jawatankuasa masjid/ surau digalakkan menyediakan juadah secara berbungkus dan diedarkan kepada para jemaah untuk dibawa pulang.
3. Ziarah hari raya
Ziarah hari raya bagi kawasan PKP dibenarkan pada 1 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.
Ziarah hari raya bagi PKPB dan PKPP dibenarkan pada 1 sehingga 3 Syawal sahaja. Namun begitu, bagi kawasan PKPB kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.
Manakala, bagi kawasan PKPP ziarah Hari Raya dibenarkan dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 25 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.
Dalam memastikan penularan wabak ini terkawal, tuan rumah digalakkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu badan, menggunakan QR Code MySejahtera atau menyediakan buku bagi mencatatkan nama dan nombor telefon tetamu.
4. Ziarah kubur
Ziarah tanah kubur dibenarkan bagi kawasan PKPB dan PKPP dengan syarat had tidak melebihi enam orang bagi satu lot/ petak kubur serta tidak lebih daripada 30 minit.
Bagaimanapun, ziarah tanah kubur bagi kawasan PKP dan PKPD tidak dibenarkan.
Bagi kawasan PKP Diperketatkan (PKPD), sambutan Hari Raya Aidilfitiri hanya dibenarkan dalam kalangan ahli keluarga daripada rumah yang sama sahaja. Ini bermakna mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar daripada rumah dan melakukan amalan kunjung mengunjung.
5. Rumah Terbuka
Penganjuran sebarang majlis/ rumah terbuka hari raya bagi semua kawasan adalah tidak dibenarkan.
SOP Hari Raya Aidilfitri
• MKN turut meneliti pembentangan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mengenai SOP Hari Raya Aidilfitiri yang dijangka akan disambut pada 13 Mei 2021.
• Bagi Takbir Raya di Masjid/Surau, ianya dibenarkan di kawasan PKP, PKPB dan PKPP mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri. Namun begitu, bagi kawasan PKPD, ianya TIDAK DIBENARKAN.
• Walaubagaimanapun, amalan takbir dari rumah ke rumah adalah TIDAK DIBENARKAN di semua kawasan.
• Bagi kawasan PKP, PKPB dan PKPP, Solat Sunat Hari Raya dibenarkan berlangsung di Masjid/Surau, namun dengan jumlah kehadiran serta penyertaan jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.
• Solat Sunat Hari Raya dimasjid /surau TIDAK DIBENARKANdi kawasan PKPD.
• MKN juga telah membuat keputusan bahawa jamuan selepas Solat Hari Raya di Masjid/Surau, rumah terbuka hari raya, ziarah tanah perkuburan adalah tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD.
• Bagi kawasan PKPB dan PKPP, Jamuan Selepas Solat Hari Raya di masjid dan surau dibenarkan tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri. Jawatankuasa Masjid/Surau digalakkan menyediakan juadah secara berbungkus dan diedarkan kepada para jemaah untuk dibawa pulang.
• Ziarah Hari Raya bagi PKP adalah dibenarkan pada 1 SYAWAL SAHAJA dengan kehadiran tetamu adalah tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.
• Ziarah Hari Raya bagi PKPB dan PKPP adalah dibenarkan pada 1 sehingga 3 SYAWAL SAHAJA. Namun begitu bagi kawasan PKPB kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang pada satu- satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.
• Manakala, bagi kawasan PKPP ziarah Hari Raya dibenarkan dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 25 orang pada satu- satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.
• Dalam memastikan penularan wabak ini terkawal,tuan rumah digalakkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu badan, menggunakan QR Code MySejahtera atau menyediakan buku bagi mencatatkan nama dan no. telefon tetamu.
• Ziarah tanah kubur dibenarkan bagi kawasan PKPB dan PKPP dengan syarat had tidak melebihi 6 orang bagi satu lot/petak kubur serta tidak lebih daripada 30 minit.
• Walaubagaimanapun, ziarah tanah kubur bagi kawasan PKP dan PKPD adalah tidak dibenarkan.
• Bagi kawasan PKP Diperketatkan (PKPD), sambutan Hari Raya Aidilfitiri hanya dibenarkan dalam kalangan ahli keluarga daripada rumah yang sama sahaja. Ini bermakna mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar daripada rumah dan melakukan amalan kunjung mengunjung.
• Penganjuran sebarang majlis/ rumah terbuka hari raya bagi semua kawasan adalah tidak dibenarkan.
Sumber: MKN
More Stories
Enggan Peranannya Terus Dipertikai, Dr Afifi Pulangkan Gelaran ‘Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan
Seorang Datuk Didakwa Selepas Terbangkan Sebuah Helikopter Untuk Ambil Nasi Ganja Di Ipoh
Dibiar Kepanasan Tanpa Penghawa Dingin Selama Sejam, Penumpang Luah Kekecewaan Terhadap Servis MAS