May 18, 2022

Mengaku Hamil, Doktor Syak Lucinta Luna Hidap Kanser Testis

Baru-baru ini, nama penyanyi Indonesia iaitu Lucinta Luna menjadi menjadi bualan ramai apabila mendakwa dirinya berbadan dua selepas membuat ujian kehamilan.

Mana tidaknya, ramai netizen mempersoalkan bagaimana penyanyi itu boleh hamil sedangkan jantina asalnya adalah seorang lelaki.

Bukan itu sahaja, Lucinta turut memuat naik video memaparkan dia dipapah oleh rakan-rakan kerana tidak larat berjalan untuk membuktikan dia benar-benar hamil.

Malah, Lucinta atau nama sebenarnya Muhamad Fatah itu turut berkongsikan videonya ditolak menaiki kerusi roda kerana sakit akibat kontraksi dan mendakwa bayi dalam kadungannya sedang menendang perutnya.

Bagaimanapun, seorang doktor bernama Arisman mendedahkan hasil positif ujian kehamilan boleh dialami oleh sesiapa sama ada perempuan atau lelaki mahupun transgender.

“Ya. Memang boleh. Kaum adam boleh mendapat keputusan UPT (urine pregnancy test) positif atas faktor tertentu. Apa dia? Iaitu air kencing seorang pesakit testicular cancer (kanser testis).

“Untuk pesakit kanser testis, sel-sel kanser juga menghasilkan hormon mirip HCG sehingga test bertukar jadi positif. Ianya tidak mustahil,” jelasnya.

Bagaimanapun, Dr Arisman menjelaskan untuk mendiagnos seseorang itu menghidap kanser testis bukan melalui ujian kencing kehamilan.

Terdahulu, Lucinta ada memuat naik memaparkan dirinya seakan mual dan muntah serta mendakwa lewat datang bulan. Lucinta turut meminta kekasih Mat Salehnya untuk bertanggungjawab atas ‘kehamilan’ tersebut.

Sumber: rotikaya