May 18, 2022

“Ada Yang Luas, Mampu Letak Beratus Orang,” – Zul Yahya Cadang Pesakit Islam Covid-19 Kuarantin Di Masjid, Dapat Hidupkan Solat Jemaah

“Kenapa tak dikorintinkan umat islam + c19 gejala ringan dimasjid2, bukankah itu lebih baik, mereka dapat hidupkan amalan2 masjid 24 jam dan masjid2 pun tak sepi.

“Kenapa tak digunakan peluang ini utk hidupkan solat fardu dimasjid2 menjadi suasana yg sangat luar biasa seperti solat jumaat.

“Lebih byk manfaat, mungkin boleh menambahkan kebaikkan2nya pada mereka dan kita semua fungsi masjid itu sangat luas buat kita semua.

“Kita nak dapatkan bantuan Allah swt tapi rumah2 Allah swt tidak diimarahakan. Ada cara Allah swt bagi tapi kenapa tak diusahakan ujian ini adalah hikmah buat kita bukannya musibah,” jelasnya.

Zul memberikan pandangan panjang lebar itu menerusi satu posting yang dibuatnya di Facebook, pada Isnin.

Dia pada masa turut rela membantu bersama rakan-rakan lain sekiranya lokasi tersebut dijadikan pusat kuarantin.

“Untuk khidmat, saya serta sahabat2 sedia bagi masa dan nak menguruskan manusia2 yg berada dimasjid itu lebih mudah.

“Ada masjid2 yg luas mampu meletakan jemaah beratus ratus orang, yang paling memgembirakan solat fardu sentiasa penuh seperti solat jumaat.

“Tahun lepas sy dah suarakan perkara ini tapi takda yg berfikir bagaimana ianya boleh dilaksanakan. NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH.

“Para ulama yg dimuliakan lagi dikasihi seluruh alam dan yg mulia para sahabat mohon panjangkan perkara ini, menulis melalui pengalaman yg telah diusahakan,” tulisnya sambil disusuli dengan hashtag #MuhyiddinYassin #KKM #meteriagama.

Entri tersebut nyata mendapat perhatian ramai apabila ia dikongsi hampir 500 kali oleh pengguna Facebook.

Sumber: Facebook Zul Yahya