May 21, 2022

“Apa Guna Gantung Bendera Putih Kalau Tak Ada Yang Datang Bantu..”

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, ramai yang semakin susah. Wang simpanan makin susut, hanya mengharapkan wang KWSP yang berbaki. Itu pun jika ada.. Kalau tiada?

Bak kata Ustaz Badlishah, jika di saat ini anda masih ada kerja, boleh claim OT seperti biasa, buatlah sujud syukur.

Ada orang, duit nak beli beras pun tak ada. Sampai ada yang tiga hari hanya makan biskut sahaja selain terpaksa kibarkan bendera putih di depan rumah. Jadi, jika dalam almari kita masih ada stok makanan, bersyukurlah.

Dalam kegawatan ni, apa kita boleh bantu?

Kadang, ada jiran atau saudara yang malu nak meminta-minta. Sebaliknya, kita tanyalah mereka kalau ada yang perlukan bantuan baik dari segi kewangan atau makanan. Waktu ni, duit bukan untuk bermewah, dapat beli makanan untuk isi perut anak beranak pun dah cukup.

Perhatikan juga kalau-kalau ada jiran yang gantungkan bendera putih di rumah mereka. Ini mungkin peluang untuk kita selamatkan satu lagi nyawa. Bukan mudah nak tebalkan muka, hulurkan tangan minta bantuan. Apalah guna kalau mereka ketepikan rasa malu untuk gantung bendera putih, tapi tiada yang datang bantu..

Bahagi rezeki dengan ibadah korban

Anda juga boleh menyertai ibadah korban sempena Hari Raya Haji yang bakal tiba 17 Julai nanti. Ini adalah pilihan termudah untuk kita kongsi rezeki, terutamanya kalau anda tak kenal sesiapa yang memerlukan.

Bermula dengan hanya RM350 sahaja, anda dah boleh sertai ibadah korban sama ada di Malaysia ataupun luar negara melalui Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM). Anda juga boleh berbuat korban bagi pihak ibu bapa yang telah meninggal dunia.

Sebagai ibadah yang suci, bukan calang-calang haiwan boleh dijadikan korban. Banyak syarat nak pilih haiwan untuk dijadikan korban. Haiwan ternakan kena sihat dan bebas daripada kecacatan. Tak boleh patah tanduk, tak boleh koyak telinga. Haiwan mesti sempurna.

Selain itu, umur haiwan pun perlu diambilkira. Contohnya, lembu atau kerbau kenalah berumur dua tahun masuk tahun ketiga atau biri-biri berumur satu tahun masuk tahun kedua. Macam mana nak tahu tu?

Tengah PKP, tak perlu susah-susah cari haiwan korban

Melalui MAPIM, anda tak payah susah-susah fikir. Pihak mereka akan pastikan haiwan ternakan memenuhi syarat dan kualiti untuk dijadikan korban. Bukan tu je, MAPIM juga menawarkan harga termurah di pasaran untuk satu bahagian korban.

Selesai sembelihan, bahagian korban tu pula akan dibahagikan kepada golongan asnaf, orang asli dan kumpulan miskin tegar di Malaysia ataupun luar negara. Semuanya MAPIM yang buatkan. Anda tak perlu susah-susah.

“Macam mana nak tahu jika wang disalurkan betul-betul digunakan untuk korban?”

Jangan risau. Anda akan menerima video sembelihan korban atau akikah ketika nama anda dibacakan. Malah, anda juga akan menerima sijil penyertaan serta cenderamata bila sertai korban dengan MAPIM.

Sepertimana kita tahu, ibadah korban merupakan sunat yang dituntut (muakkad) bagi umat Islam. Jika dilakukan dengan ikhlas, besar ganjarannya daripada Allah SWT.

“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.”
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika anda ingin menyertai ibadah korban bersama MAPIM, hubungi talian Hotline mereka, 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau WhatsApp 012-800 2016.

Layari www.ibadahqurban.com untuk maklumat lanjut dan ikuti saluran Telegram MAPIM untuk maklumat terkini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Julai ini. Jom rebut peluang ini untuk berbakti.