May 18, 2022

Lepasi angka 7,000! Malaysia catat 7,654 kes baharu Covid-19

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 7,654 kes baharu, pada Selasa.

Ia menjadikan keseluruhan 792,693 kes setakat ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Twitter rasmi beliau, petang Selasa.

Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 3,260 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,550), Negeri Sembilan (698), Kedah (337) dan Johor (313).

Berita selanjutnya menyusul.