Semalam, nama Shuk Sahar sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah memuat naik beberapa screenshot perbualan mesej ‘ugu.tan’ yang dipercayai dikirim oleh seorang wanita, Fara yang pernah menjadi punca perbala.han rumah tangganya.
Terbaru, Rossa dipercayai sudah membuat laporan pol.is berhubung semua yang berlaku terhadap dirinya dan keluarga.
Betapa kuatnya kamu
Di Instagram Story, seorang wanita yang dikenali sebagai Rossa Azura telah memuat naik satu posting mengenai kelibat isteri Shuk yang sedang keluar dari balai pol.is. Rossa yang mengenakan baju bewarna ‘pink’ itu dilihat sedang memegang beberapa kertas yang dipercayai lap.oran po.lis. Wanita itu juga dilihat sedang berbual menerusi telefon sebaik sahaja keluar dari balai tersebut.
Lebih mencuri perhatian, kapsyen yang ditulis terhadap Rossa menerusi posting itu turut menjadi tumpuan netizen. Menurut kapsyen tersebut, seseorang individu tidak akan sedar betapa kuatnya diri mereka sehingga satu tahap mereka terpaksa menjadi kuat tatkala itu sahaja pilihan yang mereka ada.
‘Kami okay sahaja’
Sebelum ini, Shuk mendakwa bahawa hubungannya bersama isteri dalam keadaan baik-baik sahaja dan tidak seperti yang orang lain sangkakan. Malah, Shuk turut mendakwa mesej perba.lahan dan gambar ug.utan bu.nuh diri yang dikongsikan Rossa di Instagram sebenarnya adalah kiriman lama yang pernah diterimanya sebelum ini.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai posting Rossa yang mendakwa ada individu menghantar ‘santa.u’ kepadanya, Shuk sedia maklum dengan perkara itu tetapi dia tidak tahu siapakah ‘dalang’ di sebaliknya.
Sumber: Rossa
More Stories
Yamani tak campur konflik Zaki, Jamal Abdillah… Sedia jadi orang tengah bantu ayah dan adik berdamai
Shaza Bae pasrah didukung Nadhir Nasar, rasa kelakar baca komen kecaman netizen
Peniaga bundle tenang disindir tergamak jual baju lusuh, kedut harga RM890… anggap cuma pelanggan tertentu je pandai menilai