May 21, 2022

7 ditahan disyaki rogol gadis secara berkumpulan

Sekumpulan remaja lelaki direman selama lima hari di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini, bagi siasatan kes rogol

Berkumpulan terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian awal tahun ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Nor Faezah Abdullah, berkuat kuasa hari ini hingga 23 Ogos (Isnin depan).

Suspek terdiri daripada tujuh orang antara 15 hingga 18 tahun itu ditahan untuk siasatan mengikut

Seksyen 375 B Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan perbuatan rogol berkumpulan.

Difahamkan, mereka didakwa melakukan perbuatan itu beberapa kali sebelum ditahan susulan laporan polis yang dibuat mangsa.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris mengesahkan penahanan dan reman tersebut.

Menurutnya, kesemua mereka ditahan di beberapa lokasi sekitar Kota Bharu semalam.

“Mereka direman untuk siasatan mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan kerana disyaki rogol berkumpulan.

“Bagaimanapun pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, kesemua suspek hadir ke mahkamah dengan memakai pakaian lokap berwarna oren.

Sumber:malaysiakini