May 17, 2022

DAP sedia sertai MPN – Guan Eng

KUALA LUMPUR – DAP bersedia untuk menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

bagi menyertai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Setiausahanya, Lim Guan Eng berkata, kesediaan itu adalah semata-mata demi menyelamatkan nyawa rakyat negara ini.

“DAP sanggup mempertimbangkan tawaran untuk kepimpinan pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara

dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 asalkan bukan sekadar untuk mencukupi syarat dan mengiakan pandangan kerajaan semata-mata.

“Yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng berkata demikian beberapa jam selepas Ismai Sabri yang baru menjawat jawatan Perdana Menteri berkata

ahli politik pembangkang hari ini ditawarkan ruang bekerjasama dengan kerajaan untuk menangani pandemik Covid-19 yang masih membelenggu negara.

Malah kata Naib Presiden UMNO itu, ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu semua pihak melupakan perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat. –

Sumber:MalaysiaGazette