May 21, 2022

Hujan Dilapor Turun Di Puncak Ais Greenland Buat Pertama Kali, Pemendakan Cetus Petanda Krisis Iklim

Buat pertama kali, hujan dilaporkan turun di puncak gunung di Greenland, lapor Tambah portal itu,

suhu biasanya berada di bawah suhu beku pada puncak 3,216 meter (10,551 kaki) dan pemendakan adalah petanda krisis iklim.

Menurut portal itu, saintis di US National Science Foundation melaporkan hujan turun

sepanjang 14 Ogos lalu namun tidak dapat mengukur jumlah kerana fenomena itu berlaku di luar jangkaan.

Hujan turun ketika cuaca panas selama tiga hari di negara itu ketika suhu direkodkan adalah 18 darjah selsius lebih tinggi daripada purata di beberapa tempat, tulis portal itu.

Berikutan itu, pencairan dilaporkan berlaku di kebanyakan lokasi di Greenland, meliputi kawasan empat kali lebih luas berbanding United Kingdom.

Memetik laporan Intergovermental Panel berkenaan Perubahan Iklim, dipercayai pelepasan karbon

daripada aktiviti manusia telah menyebabkan pemanasan planet, sekaligus mengakibatkan pencairan ais dan kenaikan aras laut.

Tambah The Guardian, Greenland turut mengalami pencairan berskala besar pada

Julai, menjadikan tahun ini salah satu tahun menyaksikan pencairan meluas di negara berkenaan.

Saintis percaya pencairan pada Julai dan Ogos adalah berpunca daripada udara panas yang ditolak meliputi Greenland dan terkumpul di situ.

Aras laut antarabangsa diramalkan bakal meningkat sebanyak enam meter jika keseluruhan ais di negara itu cair,

pun begitu ia dipercayai mengambil masa ratusan atau ribuan tahun untuk berlaku.

Setakat ini, peningkatan aras laut dicatatkan sebanyak 20 cm, dan dipercayai boleh

meningkat sehingga 100 atau 200 cm menjelang penghujung abad ini.

Tambah portal itu, pencairan ais di Greenland dilaporkan berlaku dengan lebih pantas

berbanding 12,000 tahun lalu di mana para saintis menjangkakan pencairan sekitar 1 juta tan seminit pada 2019.

Sumber: The Guardian