Umum telah mengetahui bahawa Malaysia merupakan salah satu negara yang paling kerap membantu negara Palestin.
Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat murah hati telah banyak membantu ramai rakyat Palestin yang terkesan akibat peperangan di tanah air sendiri.
Kerana hubungan kerjasama serta sebagai tanda terima kasih daripada rakyat Palestin, bumi Palestin pada hari ini telah dibanjiri dengan kibaran Jalur Gemilang yang menghiasi jalan-jalan di Palestin.
Difahamkan bahawa Jalur Gemilang juga dipasang sebagai tanda penghormatan sempena hari kemerdekaan Malaysia ke-64 yang disambut oleh seluruh rakyat Malaysia pada hari ini.
Dapat dilihat dalam video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter bernama @numanmazlanbahawa terdapat pelbagai jenis saiz Jalur Gemilang yang megah berkibar dan menghiasi jalan-jalan di Palestin.
Video yang dikongsikannya itu telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 50 ribu kali.
Sumber: @numanmazlan
More Stories
Perjuang Nasib Bella, TMJ Tawar Khidmat Peguam Secara Percuma
Viral Video Hantar Isteri Pergi Sekolah, Ada Netizen Tak Setuju Kahwin Awal Sangat
Seniman Popular & Pelakon Veteran, Amran Tompel Meninggal Dunia