May 18, 2022

“Jual Anak? Dah Anak Ni Cantik Nak Salahkan Siapa?”

Gara-gara kerap menggunakan wajah anak keduanya, Marissa Dania Hakim sebagai pelaris bisnes, pelakon Abby Abadi dituduh mendakwa ‘menjual’ anak.

Menjawab tuduhan tersebut, Abby menyifatkan tindakannya menggunakan anak sendiri sebagai model tidak salah. Abby turut mempersoalkan mengapa netizen sibuk mahu mencari salah.

“Jual anak? Tak, tak. Saya jual cermin mata. Dah tu asyik keluar gambar anak je? Mentang-mentanglah anak cantik. Lah, dah anak ni cantik nak salahkan siapa? Anak orang lain pun ramai cantik-cantik.

“Kita kan meniaga. Apa salahnya suruh anak tolong jadi model untuk barang dijual. Kalau gunakan model lain keluar gambar, sama juga kan? Mencari-cari salah tu kenapa?” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, Abby berkata disebabkan sering menerima komen mempersoalkan tindakannya menggunakan wajah anak sendiri, dia memilih untuk menyekat semua kritikan negatif.

“Geram kan perangai orang kita kalau mencari-cari salah macam ini. Seram, kita sekat terus. Sebab perangai macam ini menakutkan.

“Ada sampai maki hamun kata macam-macam. Memang tak terdaya membalas sebab banyak lagi kerja lain nak buat,” katanya.

Sebelum ini, Abby dituduh bersikap pilih kasih apabila sering berkongsikan gambar Marissa berbanding anak bongsunya,

Maria Danisha. Bagaimanapun, Abby menjelaskan dia jarang berkongsi gambar Danisha kerana anaknya itu tidak suka bergambar.

sumber;