May 17, 2022

Jururawat Mohon Maaf Cuai Cucuk Vaksin Kosong, Akui Kepenatan Suntik 599 Orang Sehari

vaksin kosong kepada penduduk di Pluit, Jakarta Utara.

Menurut Tribun News, jururawat tersebut telah mengaku mengenai kesalahannya dalam satu sidang media pada Selasa.

Dalam keadaan menangis, dia mengakui bahawa telah cuai dan memberikan suntikan dengan vaksin yang kosong kepada penduduk. Sebelum kejadian itu, dia telah menyuntik seramai 599 orang penduduk.

Dia juga memohon maaf dan mengakui bahawa tindakannya itu semata-mata kerana kecuaiannya dan tanpa ada niat-niat tertentu.

“Pada hari itu saya telah memberikan vaksin kepada 599 orang. Saya minta maaf, saya tidak mempunyai niat sama sekali.

“Saya akan mengikuti semua proses undang-undang yang akan dihadapi pada masa akan datang,” katanya kepada pihak media.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus, mengatakan bahawa pihaknya masih menyiasat kes tersebut.

“Memang menurutnya ia disebabkan kelalaian tetapi seharusnya ia sentiasa perlu diperiksa terlebih dahulu, kami akan lakukan siasatan untuk mencari jika ada kemungkinan lain,” kata Yusri.

Penangkapan jururawat itu dilakukan setelah video ketika hari kejadian tular di media sosial.

Difahamkan, jika disabit melakukan kesalahan, dia akan dipenjara selama satu tahun.

Sumber: Tribun News