May 18, 2022

Kuasa Allah. Rupanya Ramai Yang Perasan Awan Berbentuk Kalimah ALLAH Semasa Jenazah Siti Sarah Dikebumikan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada pelawak, Shuib Sepahtu atas kematian isteri tersayang, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin akibat COVID-19.

Dalam perbualan ringkas menerusi aplikasi Zoom, malam tadi, Ismail Sabri bertanya khabar anak-anak pasangan terbabit serta mendoakan Shuib dan ahli keluarga tabah berdepan ujian.

“Saya dan seluruh keluarga ingin mengucapkan takziah… Bagaimana keadaan anak-anak?

“Ini semua kuasa Allah. Hidup mesti diteruskan. Kita sama-sama berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan di sisi solehah di syurga,” katanya.

Terdahulu, sesi kedua majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual dianjurkan untuk Allahyarham Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhir akibat COVID-19, Isnin lalu.

Bacaan Yassin dan tahlil itu dipimpin PU Hafiz dan disertai bapa Siti Sarah, Raissuddin Hamzah, selebriti, pemimpin persatuan seni termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah serta isteri.

Allahyarham Siti Sarah, 36, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 5.13 pagi, kelmarin.

Jenazah Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, kira-kira jam 1.20 tengah hari.

Allahyarham Siti Sarah meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, Jumaat lalu.

Lebih mengejutkan beberapa pengguna Tiktok lahir rasa sedih dengan permergian Siti Sarah. Melalui video Tiktok @ellysyafina dapat merakam bentuk awan merupai kalimah ALLAH

sumber: