May 18, 2022

Lakukan hubungan intim dalam ambulans, dua petugas kesihatan dipecat

Dua petugas kesihatan unit kecemasan di Britain dipecat selepas ditangkap melakukan

hubungan s3ks di bahagian belakang sebuah ambulans, lapor akhbar The Sun semalam.

Salah seorang pelaku tersebut, Emma Croydon dilihat memandu kenderaan miliknya ke tempat meletak kenderaan kelab bola sepak Portsmouth FC

sebelum masuk ke bahagian belakang sebuah ambulans bersama pemandunya.

Ketika dua pengawal keselamatan mendekati ambulans tersebut, mereka terkejut apabila

mendapati Emma dan lelaki tersebut sedang menanggalkan pakaian.

Insiden itu disiasat dan kedua-dua mereka dipecat atas kesalahan salah laku.

Emma bagaimanapun berkata, pengawal keselamatan telah menipu tentang apa yang dilihat mereka.

Ketika kejadian, Emma yang merupakan penjaga ambulans tersebut dikatakan mengambil cuti sakit

apabila petugas keselamatan mendakwa melihat kenderaan itu masuk ke dalam stadium

bola sepak Fratton Park di mana satu unit pusat pemindahan darah sedang beroperasi.

Kedua-dua ambulans dan kenderaan Emma diparkir bersebelahan antara satu sama lain sebelum dia dilihat masuk ke dalam ambulans tersebut.

Panel menggugurkan dakwaan Emma dengan mengatakan bahawa dia tidak percaya pengawal keselamatan itu menipu,

malah perbuatan kedua-duanya turut dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV). – Agensi