May 21, 2022

PERNAH HIDUP SUSAH & BAPA TUKANG KEBUN, DATO’ ALHA DEDAH DUGAAN SEBELUM JADI JUTAWAN KOSMETIK!

Tumpang bangga tengok kejayaan Dato’ Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau mesra di sapa Dato’ Alha Alfa.

Bermula dengan minat terhadap seni solekan dan kemudian menjadi makeup artist, kini beliau bukan hanya

mengusahakan lebih daripada satu outlet jenama Alha Alfa Cosmetics bahkan berstatus jutawan!

Sepanjang pernah bekerja dengan figura ini, penulis menyifatkan Dato’ Alha seorang yang cukup disiplin dan menepati masa.

Biarpun semakin maju dalam berniaga dan berpangkat VIP namun peribadi Dato’ Alha tetap sama seperti dulu yang terkenal dengan sifat rendah diri.

Enggan mendabik dada dengan kurniaan rezeki yang diterimanya hari ini, Dato’ Alha dalam temu bual bersama Nona baru-baru ini terbuka berkongsi sisi hidupnya sebelum berjaya.

“Saya mula terlibat dengan dunia mekap ini ketika belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak. Waktu itu roommate saya pelajar fotografi.

Jadi mereka ada tugasan untuk shoot model dan memerlukan makeup artist.

First mekap yang saya iaitu ekor burung merak di bahagian mata untuk final project roommate saya tadi.

Alhamdulillah, gambar yang diambil berjaya masuk galeri UiTM dan menarik minat pensyarah.

Dari situ saya mula dapat networking dan mereka mula minta saya mekap.

Memandangkan duit PTPTN yang saya dapat tak cukup untuk pengajian, saya terima kalau ada yang minta untuk mekap.

Waktu itu bapa kerja tukang kebun dan ibu pula cuma jaga anak orang.

Bawah saya ada lagi dua adik dan kakak pun masih belajar di universiti.

Sebagai anak kedua, saya rasa takut untuk susahkan ibu ayah dan minta duit daripada mereka.

Bila ada yang minta khidmat saya untuk mekap, memang saya mengaku takut letak harga sebab belum pernah buat. Jadi saya cuba letak harga RM30 je.”

Tambah pengasas Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd ini lagi, “Sejak tu, tiap hujung minggu saya dah ada job.

Saya akan siapkan assignment awal-awal. Sudahnya duit mekap yang saya kumpul sampai boleh bagi dekat ibu ayah.

Dari situ saya nampak yang mekap ni boleh buat duit.

Selain duit tu saya guna untuk tampung belajar, saya juga sharedengan kawan-kawan yang susah.

Lama kelamaan, lecturer minta saya mekapkan penari UiTM Seri Iskandar untuk satu persembahan di UiTM Shah Alam.

Bayangkan dari Perak saya perlu mekap berpuluh orang penari sebab bila mereka sampai je di Shah Alam, terus kena perform.

Sampai Shah Alam saya terus muntah sebab mekap mereka sepanjang dalam bas.”

Sumber:nona.my