Pemergian Allahyarham penyanyi Siti Sarah Raissudin memberikan kesan buat semua
apabila permata seni tanah air itu pergi ke negeri abadi buat selamanya pada 9 Ogos lalu.
Setelah hampir 3 minggu berlalu, ramai di kalangan penyanyi yang telah memberikan penghormatan
dengan menyanyikan semula beberapa lagu popular Allahyarham di ruangan maya.
Penyanyi Shiha Zikir misalnya antara penyanyi yang telah mendapat perhatian ramai apabila
berkongsi satu rakaman video berkaitan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Shila menyampaikan 4 buah lagu iaitu Semakin,
Kesetiaan, Saat Hilang Cintamu dan Ke Hujung Dunia.
Menurut Shiha atau nama sebenarnya Norshiha Mohd Zikir, dia rasa sangat sukar untuk melakukan rakaman lagu penghormatan tersebut.
“TRIBUTE buatmu Kak @sitisarahraissuddin AL-FATIHAH Cover lagu yang paling susah untuk Shiha. Sedih teramat. Nak taip caption ni pun susah.
“Terima kasih sebab pernah hiburkan kami semua & tinggalkan kenangan yang terindah buat kami.
Shiha doakan moga abg @shuibsepahtu , anak2 & seluruh keluarga terus tabah.Aamiin Ya Allah..,” tulisnya.
Sekadar informasi, Sarah yang sedang hamil 7 bulan telah dijangkiti wabak Covid-19 telah disahkan meninggal dunia
dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor, pada 9 Ogos.
Foto: Instagram Shiha Zikir
More Stories
Yamani tak campur konflik Zaki, Jamal Abdillah… Sedia jadi orang tengah bantu ayah dan adik berdamai
Shaza Bae pasrah didukung Nadhir Nasar, rasa kelakar baca komen kecaman netizen
Peniaga bundle tenang disindir tergamak jual baju lusuh, kedut harga RM890… anggap cuma pelanggan tertentu je pandai menilai