May 18, 2022

Tiga tahun jadi hamba seks, pasangan suami isteri ditahan

MELAKA: Tindakan keji pasangan suami isteri penjual sate menjadikan anak saudara perempuan mereka

Sebagai hamba seks sejak tiga tahun lalu, akhirnya terbongkar apabila kedua-duanya diberkas polis.

Wanita berusia 37 tahun serta suaminya yang merupakan suspek utama, 39, masing-masing diberkas pada 18 dan 22 Julai lalu di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, kegiatan tidak berperikemanusiaan pasangan itu

Terbongkar selepas mangsa yang berusia 18 tahun tampil membuat laporan polis, Ahad minggu lalu.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak (D11),

Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka menahan suspek wanita pada hari sama laporan diterima.

“Mengikut laporan dibuat, mangsa mendakwa dia telah dirogol berulang kali dan dijadikan mangsa seksual

Bapa saudaranya sejak Oktober 2018 sehingga bulan ini sebelum membuat laporan polis.

“Perbuatan lelaki tersebut juga dalam pengetahuan isterinya, namun tidak mempedulikannya.

“Lebih mengejutkan, tindakan terkutuk itu dikatakan bermula selepas ibu saudaranya itu masuk ke bilik tidur mangsa

Kira-kira pukul 5 pagi sebelum menyuruh remaja itu ‘melayan’ suaminya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Sukri menambah, mangsa mendakwa dia tinggal bersama suspek sejak berusia 10 tahun

Selepas ibunya meninggal dunia, manakala ayahnya warga Indonesia pula menghilangkan diri.

“Hasil siasatan lanjut, suspek lelaki didapati mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Kanak 2017,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE