May 18, 2022

‘Tolong Jangan Dedah Identiti Saya’ – Wanita Buat Laporan Polis Dakwa Jadi Mangsa Cabu1 Shuk?

Semalam, seorang wanita telah memuat naik satu posting ‘sumpah’ bahawa dia tidak akan memaafkan segala penghinaan,

Pengkhianatan, hutang serta fitnah yang dilemparkan terhadapnya oleh pelawak dan pengacara, Shuk Sahar serta keluarganya.

Terbaru, wanita tersebut turut memuat naik satu tangkap layar yang dipercayai dikirim oleh seorang individu yang mendakwa hampir menjadi mangsa rogol Shuk sebelum ini.

Bukti laporan polis

Menurut wanita tersebut, dia telah menerima satu kiriman ‘direct message’ daripada seorang individu yang mendakwa hampir menjadi mangsa rogol Shuk.

Menurut individu berkenaan, dia hanya mempunyai bukti rakaman suara sahaja.

Pada masa yang sama, laporan polis berhubung kejadian tersebut sudah ditarik balik. Ini kerana, individu tersebut berasa kasihan terhadap Shuk.

Wanita yang didakwa muat naik video mirip Shuk semalam, turut memuat naik satu foto laporan polis yang diterima olehnya daripada individu tersebut.

Menerusi laporan polis, kejadian yang tidak diingini itu dipercayai berlaku pada 13 Februari yang lalu dan kedua-dua mereka dipercayai berada di sebuah hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Sumber: Instagram