May 21, 2022

Usia cecah 50 tahun, Nasha Aziz kekal ‘meletup’

MINGGU ini, nama aktres jelita Nasha Aziz kembali menjadi bualan peminat.

Tetapi bukan sebab kontroversi sebaliknya gara-gara foto tular yang memaparkan wajahnya disolek cantik oleh jurusolek terkenal, Khir Khalid.

Difahamkan, Nasha merupakan wajah untuk koleksi hari raya pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini.

Susulan fotonya tular, ramai yang tidak menyangka pelakon dan model itu akan mencecah usia 50 tahun tidak lama lagi.

“Seriuslah usia macam golongan mak-mak tetapi masih kekal jelita persis anak dara!” tulis seorang netizen.

Diva pun turut terkesima melihat kejelitaan Nasha. Langsung tidak dimamah usia wajahnya. Sangat cantik dan muda!

Mungkin nanti Nasha boleh kongsi tips untuk kekal jelita kepada netizen? Sebab ramai yang tak ‘senang duduk’ tengok Nasha macam anak dara.

Sumber:kosmo