May 18, 2022

Amal Makanan Sunnah, Ellie Suriaty Hormat Keputusan Anak Tolak Vaskin

Menghormati keputusan dua anaknya yang menolak untuk menerima vaksin, pelakon Ellie Suriaty berkata laporan polis dibuat sebagai perlindungan jika mereka dipaksa mengambil vaksin.

Menurut Ellie, sekolah memberi pilihan sama ada mahu mengambil atau pun tidak, namun bimbang ada kekangan kelak sebagai contoh tidak dibenarkan menduduki SPM.

“Takut jadi paksaan bila kata its okay tak ambil vaksin tapi nanti tak boleh duduk SPM.

Anak saya 17 tahun dan anak perempuan saya 12 tahun dan akan masuk tingkatan satu. Takut nanti tak boleh daftar masuk sekolah,” katanya.

Kata Ellie lagi, mereka sekeluarga tidak akan mengambil suntikan vaksin dan memilih untuk mencegah virus tersebut dengan mengamalkan makanan sunnah.

“Orang yang ambil vaksin kata dia guna vaksin untuk mencegah, baik, dan saya pun ada cara pencegahan sendiri menggunakan remedi semula jadi.

Pagi-pagi saya sekeluarga akan minum air lemon campur madu dan letak cengkih serta kulit kayu manis.

“Tengahari kita minum habbatus sauda atau sumac yang dicampurkan dalam air atau masakan.

Inilah cara kita, mungkin orang cakap kolot tapi sunnah Rasullulah, habbatus sauda adalah ubat segala penyakit kecuali mati. Jadi saya takkan ambil vaksin,” katanya.

Dalam pada itu, Ellie turut meluahkan rasa kasihan pada anaknya yang dikecam teruk di media sosial kerana menolak vaksin

“Saya dah biasa kena kecam sejak jadi pembangkang, jadi saya dah biasa. Selagi you bercakap menggunakan fakta, pada saya bila netizen kecam, kita tak mahu bergaduh.

“Azrell tiada niat nak menghasut orang supaya tolak vaksin. Kesian kat dia. Tapi saya tak boleh stop dia daripada berkata perkara yang benar,” katanya.

Terdahulu, dua anaknya membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati bagi mempertahankan hak mereka untuk menolak suntikan vaksin.

Sumber: