May 18, 2022

Azalina Mahu Bentang RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021

menarik Malik mandat yang telah mereka berikan kepada wakil rakyat yang membelakangi mereka. 
Oleh itu, hak untuk memilih Wakil Rakyat yang baru atau mengekalkan Wakil Rakyat tersebut dikembalikan kepada pengundi.

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan ke – 64  saya berhasrat untuk menghantar suatu notis Usul yang bertajuk

𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆-𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 (𝐑𝐔𝐔) 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐂𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟏 ujar Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini.

Katanya usul ini menjadi titik permulaan untuk memperkenalkan Pilihanraya Pecat atau “Recall Election” di dalam sidang Parlimen September 2021 ini.

Tambah Azalina yang juga Ahli Majlis kerja Tertinggi UMNO, Beliau amat berbesar hati dengan perbincangan

di antara Kerajaan YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob bersama

Blok Pembangkang dan Bebas untuk memperkenalkan undang-undang mencegah lompat parti.

“ Walaubagaimanapun, saya ingin menyarankan bahawa bentuk terbaik untuk undang-undang mencegah lompat parti

adalah untuk memperkenalkan “𝐀𝐤𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐜𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧” (Recall Act) di mana pengundi boleh menarik balik mandat yang telah mereka berikan

kepada wakil rakyat yang membelakangi mereka. Oleh itu, hak untuk memilih Wakil Rakyat

yang baru atau mengekalkan Wakil Rakyat tersebut dikembalikan kepada pengundi.

Tambahnya setelah 64 tahun kita meraikan Kemerdekaan tanah air Malaysia, kini terdapat gejala berleluasa di mana

wakil-wakil Rakyat membelakangi bukan sahaja Parti Politik yang memberikan watikah pencalonan kepada mereka,

tetapi juga masyarakat akar- umbi yang bersusah payah meraih undi dari pintu ke pintu, malah lebih-lebih lagi

rakyat yang telah membuang undi untuk Wakil Rakyat tersebut di atas kepercayaan perwakilan

mereka sebagai wakil Parti Politik dan manifesto yang dijanjikan.

“ Ramai rakyat mempersoalkan: Apa ertinya mengundi jika Wakil Rakyat boleh memajak- gadaikan mandat rakyat selepas pilihanraya soalnya lagi.

Tambah Azalina lagi, pemimpin harus menerima persaingan antara parti-parti Politik sebagai sesuatu yang positif dan menguntungkan rakyat.

Jika persaingan ini berdasarkan peraturan permainan (Rules of the Game) yang

munasabah, dan bukan dicetuskan dari perpecahan Parti Politik yang memudaratkan.

“ Persaingan politik perlu dimurnikan – bukan dihapuskan, ditekan, di isi dengan kebencian ataupun dihuru-harakan.

“ Demi kemajuan negara, pemimpin politik generasi saya dan generasi lebih muda,

mesti berani bermuafakat dan berpakat untuk menjadikan politik

sesuatu pilihan kerjaya yang Profesional, yang dihormati dan disegani, bukan dikeji dan dicaci.

Tanggapan rakyat terhadap ahli-ahli Politik hari ini sangat memalukan dan secara peribadi, saya terkilan dengan keadaan ini.

Justeru tambah Azalina lagi beliau berhasrat untuk mencadangkan penubuhan

“𝐊𝐚𝐮𝐤𝐮𝐬 𝐑𝐞𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐦𝐨𝐤𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢” di antara Ahli- ahli Parlimen yang berminat.

Ini adalah untuk memperkasakan institusi Parlimen Malaysia dan memartabatkan Demokrasi Berparlimen di negara kita.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan memberi

penghargaan kepada penyelidikan asal yang dilakukan oleh BERSIH 2.0

yang telah berjaya memberi pemahaman kepada orang awam tentang mekanisme pemecatan wakil rakyat katanya lagi.