May 18, 2022

Dr Zakir Naik Cari Calon Isteri Untuk Anaknya, “Prefer” Yang Sanggup Tinggal Di Malaysia

Penceramah terkenalb, Dr Zakir Naik, kini sedang dalam misi mencari calon isteri buat anak lelakinya,

 thank Fariq Naik dan telah menyediakan ‘resume’ yang lengkap mengenai butiran anaknya bagi memudahkan urusan pencarian itu.

Menerusi kiriman di Facebook miliknya semalam, Dr Zakir mengatakan bahawa dia mencari seorang wanita Muslim

yang berakhlak mulia dan boleh menjadi sumber kekuatan dan bimbingan buat anaknya

“G anda merupakan bapa atau saudara kepada wanita yang dirasakan layak untuk anak saya, dengan rendah hati saya memohon agar anda boleh memberi respon kepada saya bersama maklumat yang diperlukan,” katanya.

Menariknya, beliau juga telah memuatnaik satu infografik yang memaparkan mengenai ciri-ciri wanita yang dicari dan butiran terperinci mengenai anaknya.

Salah satu ciri yang menarik perhatian adalah calon isteri kepada Fariq perlulah sanggup menjalani hidup di Malaysia kerana anaknya itu kini menetap di Putrajaya.

Fariq, 27, sememangnya terkenal kerana turut bersama-sama menjalankan kerja dakwah bersama bapanya, selain merupakan seorang hafiz Al-quran.

Perkongsian itu telah mendapat perhatian netizen dari seluruh dunia dan ramai yang mendoakan agar urusan mencari jodoh itu dipermudahkan.

Mungkin ada wanita yang berminat, di bawah ini merupakan butiran-butiran yang telah dikongsikan oleh Dr Zakir, bolehlah ‘risik-risik’ tengok macam mana.

Sumber: Dr Zakir Naik