Mungkin kerana terdesak, khabarnya gerai ayam goreng milik penyanyi dan pelakon Nabila Razali telah diceroboh oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Berikutan tragedi itu, Nabila mengalami kerugian bernilai RM2,000 termasuk RM200 yang berjaya dicuri individu tersebut.
Gerai Ayo Fried Chicken yang terletak di Kampung Baru itu dilaporkan telah dipecah
masuk dan Nabila turut memuat naik video keadaan kedainya selepas tragedi itu berlaku.
Terkilan dengan perkara itu, Nabila mengakui terkejut dan menganggap individu tersebut
menggunakan cara yang salah untuk mendapatkan wang dengan kadar segera.
Saya faham keadaan sekarang ini semua orang mungkin terdesak mahu cari duit.
Tapi saya kesian apabila mereka gunakan pendekatan untuk memecah masuk berbanding minta kerja secara halal.
Mungkin kalau mereka minta kerja, saya boleh pertimbangkan untuk serap masuk sebagai pekerja.
Berikutan itu, Nabila berkata bahawa kejadian itu sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan pekerjanya yang mahu mencari rezeki yang halal.
Kredir: mStar
More Stories
Wanita ini tak kisah suami kecil, anggap murah rezeki… Dukung terus jadi ‘patung cendana’, awas boleh pusing macam helikopter!
Hari-hari ada kecoh, wanita hamil dapat ‘priority lane’ beli nasi Arab Cef Ammar jawab tuduhan potong barisan… Sanggup datang dari Melaka!
Kerajaan Indonesia Tuduh Malaysia Mahu ‘Claim’ Budaya Reog Sebagai Warisan Negara