‘Kejayaan’ 6 tahanan Palestin yang berjaya melarikan dii dari penjara Israel merupakan satu tamparan hebat buat rejim zionis.
Mana tidaknya, tahap kawalan keselamatan pihak penjara Gilboa yang di bawah kepimpinan Naftali Bennet itu dipercayai
menjadi punca enam tahanan Palestin meloloskan diri dari penjara di utara Israel tersebut.
Menerusi laporan dari BBC, enam tahanan itu telah menggali terowong di bawah singki di
dalam bilik penjara hanya menggunakan sudu karat tanpa disedari pengawai penjara.
Kena gelak dengan rakyat Palestin
Susulan daripada berita tersebut, rata-rata penduduk Palestin telah meraikan hal itu dengan meninggalkan
pelbagai kata-kata ‘ejekan’ kepada pihak Israel diatas kelemahan sistem kawalan keselamatan mereka.
Terus pindah tahanan lain takut jumpa lagi banyak terowong
mereka.
Susulan daripada insiden memalukan berkenaan, Israel bertindak memindahkan tahanan-tahanan di penjara
Gilboa ke penjara lain kerana takut lebih banyak lubang yang telah berjaya dibina.
Difahamkan, lima daripada tahanan itu merupakan anggota Jihad Islam manakala seorang lagi
merupakan bekas komander kumpulan bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Fatah.
Pihak penjara juga mengesahkan salah seorang tahanan yang berjaya lari itu adalah bekas komander Briged al-Aqsa, Zakaria Zubeidi.
Setakat ini, pihak Israel sedang melakukan operasi besar-besaran digerakkan di Tebing Barat untuk mengesan enam individu berkenaan.
Sumber: BBC News,
More Stories
Lihat Bagaimana PM Australia Dimaki Oleh Rakyatnya Akibat Kenaikan Kos Sara Hidup
Kenderaan Nombor Plat Malaysia Cuba Lolos Pemeriksaan, Pemandu Positif D4dah Ditahan Imigresen Singapura
Guru Agama R0gol 13 Pelajar: Hukuman Penj4ra Seumur Hidup Ditukar Hukuman M4ti