Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengeaskan golongan mukhannath atau lebih dikenali sebagai ‘mak nyah’ atau ‘transgender’ diharamkan memasuki masjid.
Ini kerana golongan tersebut mengalami kecelaruan jantina dan boleh mengganggu suasana ibadah di masjid.
Perkara itu dinyatakan menerusi laman web rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis, semalam.
Menurut Mohd Asri, berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, golongan ini sengaja menyerupai jantina berbeza dan termasuk dalam golongan fasik.
“Bagi golongan ini terdapat beberapa hukum yang perlu diberikan perhatian.
“Hukum seseorang berkhalwat dengan golongan ini sekali pun daripada jantina yang sama adalah diharamkan jika boleh menimbulkan fitnah atau mencemarkan nama baik seseorang.
Tambahnya, solat jemaah golongan ini hendaklah berdasarkan jantinanya yang sebenar dan mereka diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina.
“Ini kerana golongan ini boleh mengganggu suasana ibadah di masjid. Golongan ini juga dilarang mengerjakan
haji dan umrah jika penampilan mereka boleh menimbulkan fitnah kepada jemaah haji dan umrah.
“Lelaki dari golongan ini boleh menjadi wali dengan syarat ketika proses perwalian dia tampil dengan perwatakan lelaki,” katanya.
sumber:
More Stories
Wanita ini tak kisah suami kecil, anggap murah rezeki… Dukung terus jadi ‘patung cendana’, awas boleh pusing macam helikopter!
Hari-hari ada kecoh, wanita hamil dapat ‘priority lane’ beli nasi Arab Cef Ammar jawab tuduhan potong barisan… Sanggup datang dari Melaka!
Kerajaan Indonesia Tuduh Malaysia Mahu ‘Claim’ Budaya Reog Sebagai Warisan Negara