May 17, 2022

“Saya Dah No Longer Married” – King Coco Jadi Janda, Sahkan Sudah Lama Bercerai

Pempengaruh, King Coco mengesahkan dirinya kini sudah bercerai dengan suami, Azrin Anas Abdul Shukor.

Dedah King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail, 24, dia kini kembali solo namun enggan memaklumkan tarikh mereka bercerai.

“Saya dah lama dah, no longer married. Saya dah lama dah tidak berkahwin dan saya pun dah habis edah… Dah lama pun.

“Saya sekarang hidup dalam dunia saya tanpa sesiapa, tanpa kekasih atau suami,” katanya menerusi hantaran video di Instagram.

Pendedahan itu dibuat King Coco bagi mengelakkan individu tertentu diganggu.

“Saya tak nak cakap pasal kehidupan peribadi saya, tapi saya kena buat sebab ada orang telah diganggu. Jadi saya perlu jelaskan sekali lagi,” ujarnya.

King Coco dan Azrin Anas telah berkahwin pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Dia menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial kerana gaya percakapan pelat dan mengaku lahir dari banyak darah campuran dalam keluarga.

sumber