Selepas kakaknya, Risteena Minum mendirikan rumah tangga, pelakon Ruhainies pasti tidak
terlepas soalan bila pula gilirannya untuk mendirikan rumah tangga.
Namun, sejak kebelakangan ini Ruhainies dilihat sudah lama tidak memuat naik sebarang
perkongsian mengenai kekasih hatinya yang dikenali sebagai Mr E.
Semalam, Ruhainies menerima pertanyaan daripada peminatnya yang ingin mengetahui
cita rasa pelakon itu dalam memilih pasangan sama ada sukakan lelaki berdarah campuran atau tidak.
“Kakak suka lelaki Melayu macam Hindustan atau Korea, tolong jawab kakak,” tulis peminatnya.
Menjawab soalan tersebut, Ruhainies berkata dia tidak kisah dengan rupaparas seseorang kerana
menyedari dirinya tidaklah secantik mana, asalkan lelaki itu seorang yang bertanggungjawab.
“Saya tak kisah sangat fasal rupa. Saya pun bukannya elok mana. Asalkan boleh menjaga saya dan seorang
yang bertanggungjawab. Paling penting, dia boleh pimpin saya ke syurga,” jawabnya.
Sumber:rotikaya.com
More Stories
Astro Boleh Kenakan Tindakan Undang-Undang kepada Penjual “Android Box”
Cetus Fenomena Di Malaysia, Kerusi ‘Gaming’ Tomaz Berjaya Menjadi Penyelamat Syarikat Ketika PKP
Tablet Peranti Siswa Perlu Dipulangkan Semula Selepas Pelajar Taman Pengajian