May 21, 2022

Syatilla Melvin alami alahan pelik, nak muntah tengok perabot rumah sendiri… Shaheizy Sam ‘offer’ pindah rumah atau duduk hotel

KANDUNGAN baru memasuki usia tujuh minggu, namun pelakon Syatilla Melvin memberitahu dia mula mengalami alahan pelik sejak minggu lalu.

Kata Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 30, secara tiba-tiba dia berasa tidak suka melihat perhiasan serta perabot di dalam rumahnya sendiri.

Tambahnya, dia berasa mual dan sakit di bahagian perut jika terus berada di rumah sejak kebelakangan ini.

“Saya tak tahu nak kata macam mana sebelum ni saya tak pernah mengalami keadaan yang macam ni.

“Saya punya alahan ni sangat pelik… tidak alah dengan bau-bau, alahan tak boleh tengok muka Sam ke, tak ada.

samtilla2
Perkongsian Syatilla di Instastory miliknya.

“Apabila bangun pagi saya rasa tak boleh tengok rumah yang kita deco, perabot serta perhiasan rumah.

Saya macam nak muntah dan sakit perut sebab benda yang paling saya suka jadi benda paling benci dan tak suka tengok,” katanya kepada mStar.

Tambah isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini, suaminya juga berasa hairan dengan alahan yang dialami oleh Syatilla dan beranggapan kononnya dia alami masalah dalaman.

“Sam pun tanya saya… you ni ada masalah dalaman ke, tanya saya nak apa? Nak pindah rumah ke? Nak stay hotel ke?

Saya macam nak muntah dan sakit perut sebab benda yang paling saya suka jadi benda paling benci dan tak suka tengok

SYATILLA MELVIN

“Saya tak tahu nak explain macam mana sebab mereka tak rasa, tak alami… saya cuma serabut.

“Sebab saya tahu Sam risau, dia tahu isteri dia ni ceria dan dia nak yang terbaik untuk isterinya,” ujarnya.

Menurut Syatilla juga, sehingga kini dia belum mengidam sesuatu yang pelik di usia kandungannya yang baru memasuki bulan kedua.

Dia juga berharap agar fasa alahan yang dialaminya segera berakhir.

241969050_215065343989086_1957775830001669083_n
Syatilla berharap dan berdoa kandungannya bertahan sembila bulan.

So far tak ada lagi mengidam yang bukan-bukan,just alahan macam ni.

“Harap tak ada la pelik-pelik, nak menghadap fasa ni pun dah tak tahan. Hopefully benda ni tak lama,” ujarnya.

Sumbet: