May 18, 2022

Empat Adun tarik sokongan pada KM Melaka

Bekas Ketua Menteri Melaka, Idris Haron yang juga Adun Sungai Udang hari ini mengumumkan bahawa dia dan tiga lagi

wakil rakyat hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Sulaiman Md Ali dan seluruh kepimpinan negeri kerajaan.

“Saya Idris Haron, Adun Sungai Udang, bersama Pangkalan Batu, Teluk Emas, dan Pantai Kundur,

mengumumkan kami hilang kepercayaan kepada ketua menteri Melaka dan seluruh kepimpinan kerajaan.

“Kami berempat telah menyerahkan surat ketidakpercayaan kepada pejabat ketua menteri,” katanya pada sidang akhbar di Melaka, hari ini.

Turut serta dalam sidang media itu, Adun Pantai Kundur, Nor Azman Hassan, Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee dan Adun Telok Mas, Noor Effandi Ahmad.

“Kami dah hadir (sidang media) menunjukkan ketidakyakinan kepada kepimpinan kerajaan negeri hari ini.

“Kami pun letak jawatan (sebagai exco) bermakna kerajaan sudah tak ada,” katanya lagi.

Untuk rekod, pada 2 Mac 2020, BN mengumumkan bahawa kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Adly Zahari tumbang selepas

dua Adun Bersatu Mohd Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput) dan Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) keluar daripada gabungan itu.

Selain itu, Adun PKR Muhammad Jailani Khamis (Rembia), dan Adun DAP Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu)

juga meninggalkan PH dan menyertai dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Ini menjadikan sebanyak 17 wakil rakyat menyokong PN berbanding 11 di bawah gabungan PH.

Susulannya, pada 9 Mac 2020, Adun Umno Sulaiman Md Ali (Lendu), dilantik sebagai ketua menteri Melaka yang baru.

Buat masa ini, PH mempunyai 11 Adun di Melaka masing-masing tujuh dari DAP, dua PKR sementara dua daripada Amanah.

Sumber:malaysiakini