May 21, 2022

“Jem dapat customer macam ni” – Peniaga Pening Kepala Dapat Order Pelanggan Panjang Macam Karangan

Kalau korang order menggunakan perkhidmatan tempahan makanan macam Foodpanda,

pelanggan ada diberikan ruang untuk menulis apa-apa special request mereka kepada peniaga.

Selalunya kita akan tulis perkara ringkas seperti nak kuah lebih ke ataupun ayam nak bahagian yang mana.

Tetapi lain pula situasi seorang peniaga ni apabila dia mendapat order dengan request yang panjang lebar.

“Kawan stress dapat order customer, kena baca macam karangan” 

Menerusi perkongsian @weeda275 di TikTok, dia memaparkan situasi rakannya yang mendapat order nasi kandar daripada seorang customer.

Walau bagaimanapun, order tersebut kelihatan sangat panjang seperti sebuah karangan sehingga kertas order yang dicetak itu kelihatan sangat panjang daripada kebiasaan.

Menurut video itu, pelanggan terbabit hanya ordertiga bungkus nasi kandar sahaja iaitu dua bungkus Nasi Kandar Ayam Goreng dan sebungkus Nasi Kandar Kari Kambing.

Walau bagaimanapun, order itu agak mengelirukan kerana si pelanggan katanya nak Nasi Kandar Kambing tapi minta ayam dada pula. Haish admin pun pening ni…

Malah situasi itu agak geli hati apabila pelanggan siap berpesan kalau mereka tak ikut order tu betul-betul, dia nak merajuk tak mahu repeat order katanya.Sabar jelah ye… 

Video:

 

“Orang berniaga bukan check karangan” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut merasa terhibur dengan permintaan customer

tersebut yang terlalu banyak sehingga pening kepala peniaga itu dibuatnya.

Apa-apapun ada di kalangan netizen yang merasakan pelanggan tersebut sebenarnya suka dengan

masakan di kedai peniaga itu, sebab itulah dia request macam-macam dengan abang tu sebenarnya.

Komen Netizen:

Semoga murah rezeki dan terus sukses perniagaan nasi kandar abang ni ye. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : Lobak Merah