May 18, 2022

Lelaki durjana rogol, bunuh adik ipar

Pasir Mas: Polis menahan lelaki kerana disyaki merogol dan membunuh adik iparnya dalam kejadian di sebuah kampung di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, penahanan susulan

laporan diterima pihaknya pada 6.30 petang mengenai kematian remaja perempuan berusia 17 tahun.

Katanya, bedah siasat dilakukan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu mendapati punca kematian mangsa disebabkan ‘Asphyxia’ atau lemas.

“Malah, terdapat kesan luka di muka, tengkuk dan kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa.

“Sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas dengan kerjasama anggota D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan

menahan suspek pada 4 petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Nasaruddin berkata, pemeriksaan fizikal ke atas suspek yang bekerja sebagai pemotong kelapa sawit mendapati terdapat kesan calar pada bahu kiri belakang disyaki dicakar.

Katanya, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 6 November untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: harianmetro