Sejak Isnin lalu, ramai yang sudah sibuk membuat perancangan untuk pulang ke kampung dan
menempah tiket penerbangan untuk bercuti selepas kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri.
Namun berbeza buat pasangan selebriti, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, mereka tidak perlu bersesak dengan
orang ramai apabila menempah sebuah helikopter untuk percutian ke sebuah pulau.
Menerusi satu perkongsian video di Instagram, Hairul turut membawa anak-anaknya bagi menikmati percutian tanpa perlu bersesak-sesak di lapangan terbang.
Dalam entri tersebut, Hairul turut memberitahu percutian itu adalah yang pertama buat anak perempuan mereka iaitu Alisa Aisyah.
Dalam pada itu, Hanis turut berkongsikan video di Instagram berada di dalam helikopter dalam perjalanan menuju ke pulau percutian mereka.
Perkongsian pasangan itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan rakan artis dan netizen yang teruja dengan percutian mewah keluarga itu.
Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah kini berusia dua tahun.
Sumber:
More Stories
‘Biasalah Melayu, DENGKI, BOMOH Adalah Lumrah’- Zoey Rahman
‘Salah Majlis Ni Mat’ – Waris Nyanyi Lagu Rap Di Acara Agama Buat Geng Ustaz Kurang Senang
Isu Nyanyi Di Majlis Agama, Waris Dakwa Ada Pihak Dengki Muat Naik Video Lama