May 18, 2022

Fetty Dzul menlnggal dunia akibat C0vid-19

Kuala Lumpur: Pelakon veteran Fetty Dzul, 63, menlnggal dunia aklbat C0vid-19 tahap lima di Hospital Selayang jam 7.30 pagi, hari ini.

Berita pemergian Fetty atau nama sebenarnya, Fatimah Abd Rahim disampaikan anaknya dikenali sebagai Ijat kepada pelakon veteran, Isma Alif.

Fetty dimasukkan ke Unit Raw4tan Rapi (ICU) hospital berkenaan sejak 7 November lalu.

“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Semoga Allah SWT mengampuni arw4h Mamy dan mengurniakan Jannatul Firdaus kepadanya. Aamin!

“Terima kasih di atas semua ingatan yang ikhlas dan doa yang baik-baik terhadap arw4h Mamy.

“Kami sekeluarga bagi pihak Mamy ingin memohon maaf sekiranya arw4h ada s4lah sil4p sepanjang perkenalan dengan semua. Minta halalkan makan minum dan perbuatan serta tutur kata arw4h Mamy Fetty Dzul. Dia sayang semua orang!,” kata anaknya menerusi mesej kepada Isma Alif.

Keadaan kesihatan Allahy4rham semakin mer0sot sejak malam tadi apabila buah pinggang dan paru-parunya g4gal berfungsi.

Keluarganya turut mengadakan majlis bacaan Yasin malam tadi yang disertai rakan-rakan penggiat seni. Allahy4rham begitu laris membintangi pelbagai drama dan wajahnya sering menghiasi akhbar dan majalah pada era 1970-an dan 1980-an.

Fetty dikenali peminat kerana sering tampil dengan watak j4hat dalam drama dan filem.

Selain pelbagai drama dan telefilem, Fetty turut berlakon dalam filem Boss, Pontianak Bidan Gayah dan H4ntu Bungkus Lawan P0pntianak.

sumber: hmetro