May 18, 2022

KONVOI ARUZ PANDU PERLAHAN DI LORONG KANAN LEBUH RAYA DIKEC4M NETIZEN

Tindakan sekumpulan pemandu Perodua Aruz yang berkonvoi tetapi memandu perlahan di lorong paling kanan di lebuh raya pantas menerima kec4man daripada netizen. 

Aksi tidak bertanggvngjawab dan ign0rance itu dikongsi oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @Nidaasifa. Video berdurasi 16 saat itu jelas menunjukkan beberapa buah Perodua Aruz dengan selamba memandu perlahan dan membuatkan pengguna jalan raya memotong di lorong sebelah kiri.

Ia memang menyus4hkan orang lain dan menimbulkan kemarahan sesiapa sahaja.

“Siapa dekat sini bapa adik beradik dia ada dalam persatuan kereta Aruz, tolong pesan kalau nak konvoi dekat lebuh raya jangan duduk lorong kanan ramai-ramai dan memandu perlahan, buat jalan sesak pagi-pagi,” ciapnya.

Wanita itu turut meminta konvoi tersebut untuk tidak menjadikan lebuh raya itu seperti milik mereka kerana boleh menyebabkan jalan sesak terutamanya ketika waktu pagi.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut bersetuju dengan wanita itu dengan menyifatkan situasi tersebut boleh mengundang m4rah orang ramai.

“Minat yang mendatangkan am4ran dan menyus4hkan orang,” sindir @NayeOra.

“Geng-geng konvoi yang tidak tahu adab ini semakin bertambah,” kata @bmpower81.

“Memang bladap la geng konvoi ini, selamba sahaja bolot jalan,” jelas @Haffismustafa.

“Memang beb4l orang yang berkonvoi tetapi dia tiada ‘common sense’,” ujar @edrashyours.

sumber– K! ONLINE