May 21, 2022

Omak Jenny ‘tokojut’ dapat beg RM14,200

Kuala Lumpur: Penyanyi Nubhan membuat kejvtan istimewa kepada ibu tercinta, Badariah Omar,76, apabila menghadiahkan beg tangan jenama Louis Vuitton (LV) bernilai RM14,200. 

Nubhan ketika dihubungi berkata, ibunya yang dikenali Omak Jenny dalam kalangan pengikut di media sosial miliknya terkejvt dengan nilai beg terbabit yang disifatkan keterl4luan.

“Selepas saya membeli beg itu mak begitu terkejvt dan tak sangka dekat dunia ini ada beg yang berharga sebegitu. Dia terkedu dengan nilai beg yang dipilihnya itu.

“Sebenarnya dalam perjalanan pulang ke rumah beberapa kali dia tanya kepada saya adakah benar harga beg itu RM14,200 dan menganggap saya ‘gil4’ kerana membeli beg itu untuk dirinya. Sebelum ini saya memang selalu hadiahkan mak barang tapi dia tak tahu nilai barang berkenaan. Tapi kali ini saya bawa mak ke butik untuk dia pilih mengikut cita rasanya,” katanya.

Terdahulu Nubhan memuat naik video di Instagram yang memaparkan reaksi spontan Omak Jenny yang terkejvt dengan nilai beg LV yang dipilih ketika mengunjungi salah satu butik LV di ibu kota.

Menurut Nubhan, apa yang dikongsikan bukan untuk menunjuk sebaliknya mahu membalas budi ibu tercintanya itu.

“Saya memang sudah lama berhajat nak hadiahkan mak beg. Sebelum ini, saya belikan saja beg mengikut cita rasa saya, tapi kali ini saya bawanya bersama dan dia lihat sendiri harga beg terbabit. Pernah dulu saya membeli satu beg tangan untuknya ketika bercuti di luar negara, tapi akhirnya beg itu disimpan di dalam plastik kerana begitu sayangkan sehingga beg itu rosak.

“Saya tak sangka video spontan mak mendapat maklum balas positif. Ramai yang mendoakan mak dan seronok melihat video terbabit. Jujur cakap saya tiada niat nak menunjuk-nunjuk. Lagipun mak bukan pandai nak berlakon. Semuanya adalah reaksi jujur sehingga ramai yang suka dan ternanti-nantikan video seterusnya,” katanya.

Dalam masa sama, Nubhan tidak menyangka segala perkongsian bersama Omak Jenny turut memberi inspirasi dan keinsafan kepada pengikutnya.

“Sebenarnya saya dapat banyak mesej peribadi yang insaf dengan kekhilafan mereka kerana tidak berbakti kepada kedua orang tua. Ada juga yang pernah mengaku bergadvh dengan ibu bapa namun selepas melihat video kami dia berubah untuk berbakti selagi mereka masih beny4wa.

“Saya bersyukur apabila ramai yang terkesan dan ingin membalas budi ibu bapa mereka . Sekurang-kurangnya perkongsian video saya memberi manfaat kepada orang ramai. Tidaklah dianggap syok sendiri,”katanya.

sumber: hmetro