May 21, 2022

Pulau Pinang tidak akan layan tuntutan Kedah

GEORGETOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang mengulangi pendirian untuk tidak akan melayan sebarang tuntutan yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang merupakan negeri berdaulat yang telah diiktiraf dalam Persekutuan Malaysia dan sebarang tuntutan harus melalui penilaian undang-undang.

Menurutnya, sehubungan itu kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan tidak ada sebarang keperluan untuk menimbang apa-apa tuntutan daripada kerajaan Kedah.

“Justeru, kerajaan negeri menyarankan supaya apa sahaja d4kwaan berhubung dengan isu ini (Pulau Pinang milik Kedah) sewajarnya dicermati dan diberi penilaian secara mendalam dan menyeluruh dari aspek undang-undang.

“Langkah ini penting untuk mengelakkan timbulnya kekelirvan dan kegelis4han yang tidak perlu dalam kalangan rakyat khasnya di negeri Pulau Pinang,” katanya ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Kon Yeow turut menyeru kepada semua wakil rakyat di negeri ini untuk bersama-sama mempert4hankan kedaulatan negeri Pulau Pinang.

“Apabila kedaulatan negeri Pulau Pinang dipersoal, saya percaya semua Ahli Dewan sama ada pihak kerajaan atau pembangkang terpanggil untuk mempertahankan kedaulatan negeri ini,” katanya.

Kon Yeow berkata, sehingga kini kerajaan negeri Pulau Pinang belum menerima apa-apa tuntutan rasmi daripada Menteri Besar Kedah mengenai perkara yang dibangkitkan tersebut.

“Saya tidak dengar pun suara Menteri Besar Kedah membangkitkan isu ini dalam forum yang melibatkan Perdana Menteri, Menteri Besar dan semua Ketua Menteri.

“Mungkin beliau tidak berani membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat rasmi tetapi cuma berani sebut di luar melalui kenyataan-kenyataan atau respons kepada media sahaja.

“Namun, sekiranya Menteri Besar Kedah serlus mengenai perkara ini, beliau sepatutnya menulis kepada kerajaan Persekutuan dengan terang dan jelas tentang perkara yang dibangkitkan,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kedah menuntut bayaran royalti pajakan Pulau Pinang sebanyak RM100 juta setahun daripada kerajaan Persekutuan.

sumber: sinar harian