May 18, 2022

38 Pemilik Flat PKNS Sungai Baru, Kampung Baru Ditawarkan Pangsapuri Bernilai RM300,000

Pemaju projek pembangunan semula Sungai Baru, Kampung Baru, Ritzy Gloss Sdn Bhd bersedia menawarkan pangsapuri bernilai RM300,000 kepada 38 pemilik flat PKNS Sungai Baru yang tidak bersetuju dengan projek tersebut, lapor Bernama.

Pengarah Ritzy Gloss Abdul Hadi Ahmad berkata tawaran pangsapuri berkeluasan 900 kaki persegi melalui pakej harmoni itu boleh dimiliki dengan separuh harga daripada jumlah p4mpasan pengambilan tanah yang diterima oleh setiap pemilik flat.

“Sebagai contoh, pemilik yang menerima jumlah p4mpasan pengambilan tanah berjumlah RM250,000 boleh memiliki pangsapuri ini dengan harga RM125,000.

“Kediaman ini dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air berserta satu tempat letak kereta yang akan dibina di dalam kawasan projek pembangunan semula itu,” katanya pada sidang media mengenai projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru di sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata tawaran itu akan dikemukakan kepada pemilik flat berkenaan selepas mereka menerima jumlah rasmi nilai p4mpasan pengambilan tanah daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKTPG) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sabtu lepas, sebahagian penduduk Kampung Sungai Baru melakukan b4ntahan terhadap projek pembangunan semula kawasan tersebut kerana tidak berpuas hati dengan tawaran pamp4san rendah di bawah tatacara Akta Pengambilan Tanah 1960.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata pihaknya menggunakan peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960 yang dilaksanakan pada Januari 2021 selepas rundingan lima tahun tidak berjaya mendapat persetujuan keseluruhan pemilik flat.

“Setakat ini, 85 peratus atau 226 pemilik flat telah bersetuju dengan projek pembangunan semula kawasan ini dan sekiranya 38 lagi pemilik flat bersetuju, projek tersebut dijangka boleh dimulakan antara Jun atau Julai tahun depan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Pemilik Hartanah Kampung Sungai Baru Zulfakar Wahid berkata usaha untuk mendapatkan persetujuan keseluruhan penduduk bagi projek pembangunan semula itu telah dimulakan pada 2016 namun hanya minoriti sahaja yang tidak menyokongnya.

“Orang (pemilik) yang menyokong sudah 85 peratus dan setiap majoriti harus diberi keutamaan, kesian orang yang sudah pindah ke rumah transit, menyewa di luar dan sudah ada yang menlnggal dunia sementara menunggu projek ini dilaksanakan,” katanya.

Zulfakar turut menjelaskan kek3liruan orang ramai bahawa projek pembangunan Kampung Sungai Baru tersebut adalah berbeza dengan pembangunan semula Kampung Baru di bawah Lembaga Tanah Pertanian Melayu (MAS).

sumber: thevocket