May 18, 2022

9 pemilik kenderaan diminta ‘menyer4h diri’

Port Dickson: Polis sudah mengenal pasti sembilan kenderaan mem0tong menggunakan lorong kecem4san di laman Port Dickson Area, di sini, seperti dalam rakaman video berdurasi 43 saat yang tular di Facebook, hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian berlaku antara 2 hingga 3 petang hari ini.

“Pergerakan kenderaan ketika itu dari arah Sunggala menuju ke arah Sua Betong memasuki Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.

“P0lis juga sudah mengenal pasti butiran pemilik dan jenis kenderaan yang melakukan kes4lahan itu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini tadi.

Aidi Sham berkata, pemilik kenderaan berkenaan diminta supaya hadir ke Balai Trafik Port Dickson bagi membantu siasatan.

Katanya, slasatan dijalankan mengikut Seksyen 279 Kanun Kes3ksaan dan Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

sumber: harian metro