May 17, 2022

Abang k0rban ny4wa selamat adik

Marang: Seorang abang berk0rban ny4wa untuk menyelamatkan adiknya yang terjatuh ke dalam sungai dalam kejadian di Sungai Seluang, Paya Resak, di sini, hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku ketika dua beradik terbabit Muhammad Danish Daniel Adnan, 13, dan adiknya Muhammad Danish Irfan, 7, sedang memancing di sungai yang terletak berhampiran rumahnya jam 4.15 petang.

Ibu m4ngsa, Suhaini Wahab, 36, berkata, ketika sedang memancing, Muhammad Danish Irfan dikatakan tergelincir ketika bermain di tebing sungai sebelum terjatuh ke dalam air.

Menyedari kejadian itu, katanya, arw4h terjun untuk menyelamatkan adiknya namun g4gal sebelum hilang dari permukaan air.

Panlk dengan kejadian itu, kakak m4ngsa, Fatimah, 17, yang turut berada di lokasi kejadian ketika itu segera pulang untuk memaklumkan kejadian kepada keluarga.

“Ayah saya, Wahab Yusof, 63, yang sedang membaiki kereta di kawasan rumah segera ke lokasi kejadian sebelum terjun menyelamatkan adik (Muhammad Danish Irfan) yang terkapai-kapai dih4nyutkan arus.

“Sementara, Muhammad Danish Danial g4gal dikesan selepas kelibatnya hilang di permukaan air,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan F0rensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, hari ini.

Menurut Suhaini, arw4h yang juga anak keempat daripada enam beradik itu sudah biasa memancing bersama kakaknya di kawasan berkenaan kerana sungai itu terletak berhampiran kawasan rumah.

“Tidak sangka hari ini kejadian bvruk menimpa dirinya.

“Bagaimanapun, saya reda dengan apa yang berlaku selain bersyukur Allah memudahkan usaha mencari arw4h sebelum ditemui kira-kira sejam kemudian,” katanya.

Katanya, jen4zah Muhammad Danish Danial yang juga pelajar tingkatan satu satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Telanai, di sini, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kampung berkenaan sebaik selesai bed4h siasat, malam ini.

Sementara itu Pegawai Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Wakaf Tapai, Zulikifli Md Akhir berkata, pihaknya ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamatkan (SAR) sebaik menerima panggilan kecem4san daripada keluarga m4ngsa.

Katanya, SAR membabitkan 14 anggota dan pegawai Bomba dan Penyelamat, PDRM (enam) dan seorang anggota Sukarelawan Malaysia (Rela) sebelum m4ngsa ditemui jam 5.17 petang.

“M4ngsa ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai kira-kira dua meter dari lokasi kejadian,” katanya.

May4t m4ngsa kemudian diserahkan kepada pihak p0lis sebelum dibawa ke HSNZ untuk bed4h siasat.

sumber: harian metro