May 17, 2022

Gemp4r !!! PM bakal lakukan r0mbakan kabinet?

PM bakal lakukan rombakan kabinet.Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bakal mengumumkan r0mbakan Kabinet pertamanya sejak memegang jawatan utama itu pada Ogos lalu, yang mungkin menjadi ujian sejauh mana beliau berjaya dalam memimpin gabungan kerajaan itu ketika perb4lahan antara Bersatu dan kumpulan Umno diketuai Najib Razak terus memuncak, MalaysiaNow difahamkan.

Difahamkan r0mbakan Kabinet itu mungkin berlaku seawal bulan depan walaupun satu sumber dalaman Umno berkata r0mbakan barisan anggota Kabinet tersebut tidak akan dilaksanakan secara besar-besaran.

Bagaimanapun tumpuan akan diberikan kepada Bersatu, menteri dan timbalan menteri dari Perikatan Nasional (PN).

Sebarang perubahan dari sudut keseimbangan parti-parti dalam Kabinet ketika ini perlu memastikan gabungan kerajaan itu tetap utuh walaupun perb4lahan dan ser4ngan terus berlaku terutamanya antara Umno dan Bersatu.

Dari sudut itu, sumber rapat dengan pentadbiran Ismail memaklumkan kepada MalaysiaNow usahanya untuk mengimbangi antara kedua-dua gabungan itu bagi mengekalkan kesatuan Kabinetnya lebih sukar daripada apa yang pernah dialami Dr Mahathir Mohamad.

“Dalam kes Mahathir, wujud perb4lahan yang berterusan antara Bersatu dan PKR, namun semua itu didiamkan walaupun kesatuan yang ditunjukkan itu terbukti tidak kekal lama.

“Bagi Ismail pula, beliau perlu berdepan dengan pimpinan partinya yang berterusan menyer4ng menteri-menteri yang ada dalam Kabinet beliau. Kemenangan Umno di Melaka baru-baru ini menyebabkan tekanan semakin hebat terhadap Ismail untuk mengenepikan sekali gus meletakkan menteri-menteri dari PN ke jawatan yang lebih rendah,” kata sumber itu.

Baru-baru ini, Najib melancarkan ser4ngan terbuka terhadap Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz ketika bekas perdana menteri itu meningkatkan gesaan supaya kerajaan membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Usahlah dengar nasihat menteri kewangan ketinggalan zaman PN,” kata Najib.

Akan tetapi mengenepikan parti-parti selain Umno adalah tindakan “bvnuh diri” bagi Ismail ketika lebih 50 ahli Parlimen PN adalah antara yang menyokong dan sekali gus memastikan beliau memegang jawatan perdana menteri.

Satu sumber mengatakan walaupun Ismail menjadi “perdana menteri secara kebetulan”, beliau sedar kesan p0litik jika dilihat cenderung bersama atau bersekvtu dengan Najib.

“Setakat ini, beliau berjaya tunjukkan dirinya tidak dengar apa yang diperkatakan Bossku,” kata sumber itu, merujuk gelaran yang digunakan Najib.

“Beliau juga hanya berikan peranan kecil kepada Najib sebagai penasihat ekonomi, sementara Muhyiddin yang merupakan mvsuh utama Najib diberikan kuasa besar dengan jawatan penting menangani pelan pemulihan pasca pandemlk.

“Dengan nasib p0litik Najib, begitu juga Zahid dilihat m4lap ekoran perblcaraan kes rasu4h mereka, Ismail tahu bagaimana untuk tangani suara-suara dari luar,” tambahnya.

Sama ada r0mbakan akan menjej4skan kedudukan PN dalam jawatan utama Kabinet hanya satu bahagian daripada isu itu.

Ismail juga perlu menguruskan kumpulan anti Najib yang wujud dalam Umno, kata sumber itu lagi.

“Mereka termasuk Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin, Shahidan Kassim, Annuar Musa, belum lagi pemimpin-pemimpin parti komponen (BN) yang sudah menunjukkan mereka tidak mahu dipimpin Najib dan Zahid.”

Kebanyakan anggota Kabinet Umno, MCA dan MIC menolak cadangan Najib dan Zahid untuk keluar daripada kerajaan yang dipimpin Muhyiddin ketika kemuncak kempen dua pemimpin Umno itu bagi menumb4ngkan kerajaan PN Julai lalu.

Dengan sabltan mahkamah bahawa Najib bers4lah dalam kes rasu4hnya, sementara Zahid juga dilihat bakal menerima nasib yang sama, Ismail memiliki peluang untuk meneruskan tugasnya sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum yang mesti diadakan dalam tempoh 17 bulan dari sekarang.

Sehingga saat itu, sama ada beliau akan menjadi perdana menteri paling singkat dalam sejarah masih belum dapat dipastikan.

sumber: inforakyat.net