May 21, 2022

‘Kami sanggup datang, pikul m4ngsa ke tempat selamat’

Hulu Langat: “Kami sedaya upaya membantu mengeluarkan m4ngsa banjir dengan segala yang kami ada. Kalau tiada sampan, kami sanggup datang dan pikul m4ngsa ke tempat selamat. Apakan daya, kami tidak mampu memuaskan hati semua orang,”.

Itu luahan Pegawai Operasi Zon 4 Selangor (Hulu Langat) Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Akmal Mohamad Khairi.

Mohamad Akmal berkongsi luahan itu menerusi Facebook (Fb) miliknya susulan kritlkan dilemparkan netizen terhadap anggota bomba yang dikatakan lambat bertindak dalam menyelamatkan m4ngsa banjir.

Menurut Mohamad Akmal, benc4na yang berlaku ada kalanya sangat luar biasa hingga membataskan anggota melakukan kerja menyel4mat m4ngsa ditambah lagi dengan kekangan ketika bertugas.

“Kami bertugas dengan anggaran tujuh hingga 12 anggota di setiap balai bagi satu syif. Apabila ada panggilan kecem4san banjir, kami semua akan bergegas ke lokasi panggilan yang pertama dahulu.

“Ketika berlakunya bencana, panggilan kecem4san yang masuk kebiasaannya akan bertalu-talu dan tanpa henti, itu tidak termasuk lagi panggilan terus ke telefon bimbit anggota dan pegawai.

“Persoalannya, bagaimana kami nak hadir 10 tempat berbeza dalam masa yang sama? Kami tiada masa untuk merakam video atau mengambil gambar ketika bekerja kerana kami sememangnya tiada masa untuk berbuat demikian,” katanya.

Menurutnya, anggota dan pegawai bertugas mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) ditetapkan.

Katanya, amalan JBPM sama seperti agensi lain iaitu mementingkan kesel4matan terlebih dahulu sebelum melakukan tugas menyelamat bagi mengelakkan rislko pada diri sendiri mahupun rakan sepasukan.

“Ketika itu, masa dan peluang adalah amat terhad untuk kami bertindak. Bilangan anggota kami terhad, aset juga terhad.

“Satu pasukan penyelamat terp4ksa memberi maklum balas beratus panggilan. Pada masa itu, kami akan utamakan kes yang boleh kami respon (beri maklum balas) bergantung kepada tahap bah4ya dan rislko bakal dihadapi.

“Ada masanya, kami sanggup mengambil rislko tinggi demi menyel4matkan nyawa. Apabila berlakunya benc4na, kami tidak tamatkan syif kami dengan balik tepat pada masa tetapi sanggup bekerja lebih masa tanpa mendapat apa-apa bayaran demi kesel4matan ny4wa (masyarakat) dan harta-benda anda.

“Saya bertugas di pejabat bomba mengikut waktu pejabat tetapi apabila terima panggilan kecem4san, saya perlu hadir ke lokasi tidak kira waktu dan masa. Tengah malam, pagi buta (awal pagi), hari cuti dan waktu rehat pun tetap akan hadir demi tugas,” katanya.

Tambahnya, apabila berlakunya benc4na, tugas selaku pegawai kanan sedikit berbeza dengan anggota kerana tiada syif.

Katanya, pegawai perlu bertugas merancang, mengkoordinasi dan mengawal tindakan operasi sehingga keadaan selesai.

“Kadang kala, memakan masa hingga lebih 48 jam lamanya. Kami terpaksa melupakan waktu rehat, saat bersama anak dan isteri serta penat jerlh di pejabat kerana kami tahu, tugas kami masih belum berakhir.

“Bagaimanapun, apabila kami muncul membantu, tiada langsung sikap menghargai walau dengan ucapan terima kasih namun lebih teruk lagi pengorbanan kami dibalas dengan cerc4an lambat, lemb4b, makan gaji buta dan macam-macam lagi.

“Fahamilah kami juga, kami juga manusia. Kami juga ada keluarga, batas kemampuan juga hati dan perasaan. Fikirlah dahulu sebelum berkata-kata,” katanya.

Katanya, pemergian enam anggota bomba akibat lem4s ketika melakukan kerja menyelamat pada 2018 masih meninggalkan kesan mendalam buat semua sehingga kini.

“Enam sahabat seperjuangan kami pergi meninggalkan kami serentak. Hanya Allah yang tahu hati kami,” katanya.

sumber: harian metro