May 17, 2022

KJ Tegaskan Bakal Wajibkan Penggunaan MySJ Trace Sekiranya Pengguna Masih Ingkar

Aplikasi MySejahtera telah dikemaskini dengan fungsi terbaharu iaitu MySJ Trace yang mana boleh membuat pengesanan kontak rapat kepada kes positif jangkitanC0VID-19 lebih mudah dikesan. Namun begitu, masih terdapat segelintir pengguna yang tidak selesa untuk guna fungsi tersebut.

Oleh itu, terdapat laporan terbaharu yang mengatakan bahawa kerajaan berkemungkinan akan mem4ksa pengguna MySejahtera mengaktifkan fungsi baharu yang dilancarkan menggunakan teknologi bluetooth untuk pengesanan kontak rapat. Menerusinya, penul4ran w4bak boleh dipantau dengan lebih muda serta pantas.

Khairy Jamaluddin selaku Menteri Kesihatan memaklumkan pada masa ini mereka menggalakkan penggunaan ciri MySejahtera Trace(MySJ Trace) yang dilancarkan Ahad lalu, tetapi jika kes penul4ran menaik dengan banyak maka langkah lebih ketat akan dikuatku4sakan kelak.

Perkara ini dipandang serlus memandangkan ia sangat penting dalam membuat pengesanan kontak kasual serta membuat penilaian dengan terperinci sekiranya dikesan terdapat individu yang disahkan positif C0VID-19 menerusi fungsi bluetooth tersebut. Selain itu, ciri ini dapat memastikan rakyat boleh bergerak tanpa perlu pelaksanaan l0ckdown lagi.

Beliau juga sudah bermesyuarat bersama beberapa wakil persatuan pengusaha bisnes dan semuanya sudah bersetuju untuk menggalakkan pengunjung menggunakan ciri MySJ Trace ketika berada dalam premis mereka. Fungsi MySJ Trace dibangunkan bagi memenuhi keperluan FTTIS yang digunakan KKM dalam meng4wal penul4ran C0VID-19.

Anda juga tidak perlu risau akan masalah bateri apabila diaktifkan fungsi ini kerana penggunaan baterinya yang sangat sedikit. Berkaitan privasi pula, setiap maklumat yang dikumpulkan hanya diakses oleh pihak KKM sahaja bagi penilaian.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, anda disarankan untuk mem4tuhi ar4han pengaktifan fungsi terbaharu ini kerana dapat membantu peng4walan penul4ran C0VID-19 yang lebih efektif serta memastikan kesel4matan orang ramai terjamin.

sumber: thevocket