Sebelum penggunaan dashcam popular di negara ini, agar sukar untuk pihak berkuasa mencari bukti serta pes4lah yang melakukan salah laku jalan raya yang boleh menyebabkan lnsiden yang tidak diingini berlaku melibatkan pengguna jalan raya lain.
Namun pada harini, ekoran semakin ramai pengguna dashcam di kalangan pengguna jalan raya di Malaysia, pihak Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM (JSPT) mengambil satu langkah efisien dengan memantau mana-mana video dashcam yang tular di media sosial sebelum mengambil tindakan terhadap pes4lah laku jalan raya.
Laman Facebook JSPT kini menjadi tumpuan ramai apabila pihak berkuasa sentiasa mengemas kini perkembangan terkini pes4lah laku jalan raya yang dikenakan tindakan dalam tempoh yang singkat.
Dalam masa satu hingga ke dua hari sahaja, pihak JSPT akan sampai di hadapan rumah si pes4lah laku dan diberikan am4ran serta dikenakan s4man atas kes4lahan dibuat seperti yang direkod dalam ‘video bukti’ dashcam yang tular di media sosial.
Apabila menjengah ruangan komen pada hantaran JSPT yang terbaharu, rata-rata netizen memuji pihak berkuasa cekap dalam ‘membvru’ setiap pes4lah laku yang viral dan menyokong pihak JSPT sentiasa mengambil tahu serta mengemas kini hal-hal salah laku jalan raya yang diutarakan oleh orang ramai.
“Polis dan masyarakat berpisah tiada, Terima kasih jua kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menjadi mata dan telinga pihak PDRM dalam menguatkuasakan undang-undang,” jelas pihak JSPT dalam satu hantaran Facebook terbaharu.
Tambah mereka lagi, setiap kerjasama yang diberikan oleh netizen dalam menyalurkan sebarang video dan gambar kes4lahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya amatlah dihargai oleh pihak JSPT.
Jadi kita semua perlu sentiasa berjaga-jaga dan p4tuhi undang-undang semasa berada di atas jalan raya, supaya tiada anggota polis datang ‘mengetuk’ pintu rumah kita pada bila-bila masa.
sumber: thevocket
More Stories
Enggan Peranannya Terus Dipertikai, Dr Afifi Pulangkan Gelaran ‘Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan
Seorang Datuk Didakwa Selepas Terbangkan Sebuah Helikopter Untuk Ambil Nasi Ganja Di Ipoh
Dibiar Kepanasan Tanpa Penghawa Dingin Selama Sejam, Penumpang Luah Kekecewaan Terhadap Servis MAS