NGO perlu salur sumbangan ikut saluran yang betul .Semua badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini diminta mengikut saluran yang betul dalam membantu m4ngsa banjir termasuk mendapatkan penyelarasan daripada Agensi Pengurusan Benc4na Negara (NADMA) dan agensi berkaitan.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata tindakan itu bagi memudahkan pengurusan bantuan disalurkan sekali gus mengelak berlaku lambakan dan pembaziran.
“Sebelum ini pada 21 Dis, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengadakan mesyuarat secara dalam talian bersama menteri besar serta ketua menteri bagi negeri dil4nda banjir dan memaklumkan NGO perlu mempunyai satu penyelarasan di bawah NADMA untuk menyusun pergerakan agihan bantuan di kawasan terlibat.
“Malah, pengalaman kami sebelum ini iaitu ketika banjir di Kuala Krai telah berlaku lambakan pakaian sehingga ia diletakkan di kawasan yang tidak sepatutnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi Tahfiz Kali Ke-11 Yayasan Islam Kelantan di sini, hari ini.
Beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana Kelantan tidak dil4nda banjir besar pada tahun ini kecuali di kawasan Rantau Panjang dan Pasir Mas yang kini masih belum pulih sepenuhnya.
Terdahulu, seramai 193 pelajar tahfiz menerima sijil graduasi selepas berjaya menamatkan pengajian hafazan al-Quran sebanyak 30 juzuk.
Ahmad berkata kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk melahirkan lebih ramai huffaz supaya dapat mengatasi mas4lah gejala sosial
sumber: inforakyat.net
More Stories
Enggan Peranannya Terus Dipertikai, Dr Afifi Pulangkan Gelaran ‘Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan
Seorang Datuk Didakwa Selepas Terbangkan Sebuah Helikopter Untuk Ambil Nasi Ganja Di Ipoh
Dibiar Kepanasan Tanpa Penghawa Dingin Selama Sejam, Penumpang Luah Kekecewaan Terhadap Servis MAS