May 21, 2022

Paing Takhon, Lelaki Terkacak Dunia Yang Kini Dipenj4ra 3 Tahun Kerana L4wan Kerajaan

Laman hiburan TC Candler telah mengeluarkan senarai 100 selebriti terkacak dan tercantik dunia mereka bagi tahun 2021 dan menariknya, pemilik tempat pertama untuk kategori wanita dan lelaki adalah milik selebriti dari Asia.

Lisa Manoban dari kumpulan Blackpink berada di tempat pertama untuk kategori wanita dan model terkenal Burma, Paing Takhon mengungguli carta untuk kategori lelaki. Senarai ini dikeluarkan oleh TC Candler setiap tahun di mana Lisa berada di tempat ke-6 dan Paing pula berada di tempat ke-2 tahun lalu.

Siapa Paing Takhon?

Tiada siapa mempertikaikan kedudukan Lisa di tangga pertama TC Candler untuk tahun ini. Cuma untuk kategori lelaki, Paing Takhon mungkin kurang dikenali di seluruh dunia. Tetapi jika di Myanmar, beliau adalah salah seorang selebriti yang popular dan pernah muncul sebagai salah seorang peserta Masked Singer Myanmar.

Namun, beliau lebih dikenali sebagai seorang model kerana dirinya yang tinggi lampai dan kacak. Awal tahun ini, beliau mula dikenali di seluruh dunia selepas gambar beliau menjadi sami untuk 10 harimenarik perhatian ramai kerana beliau sanggup mencukur rambut panjang kesayangannya.

Dipenj4ra kerana sertai pr0tes lawan kerajaan junt4

Myanmar sendiri terkenal sebagai negara yang bergelut dengan ekonomi dan k0nflik etnik. Pihak tent3ra mer4mpas ku4sa dan menvduh bahawa wujud penlpuan dalam sistem pengundian pada pilihan raya umum bulan November lalu di mana parti Aung San Suu Kyi menang dalam pilihan raya tersebut.

Sejak itu, Aung San Suu Kyi dan tokoh-tokoh kanan yang lain dit4han, manakala masyarakat Myanmar memilih untuk turun ke jalan raya bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada tent3ra.

Seorang gadis berusia 19 tahun, Kyal Sin atau lebih mesra dengan panggilan Angel menjadi m4ngsa keteg4ngan antara rakyat dan tent3ra apabila beliau ditemb4k m4ti ketika menyertai pr0tes besar-besaran rakyat Myanmar.

Kem4tian Angel telah mencetvskan kem4rahan rakyat terhadap tent3ra junt4 dan Paing antara yang terlibat dalam pr0tes anti-junt4 ini. Menggunakan popularitinya, beliau dengan lantang mengkrltik kerajaan junt4 Myanmar di akaun sosial miliknya terutamanya Instagram.

Paing memegang placard yang merujuk kepada kem4tian Angel (kredit gambar: Getty/AFP)

Paing yang baru berusia 25 tahun telah dit4ngkap dan dijatuhkan hukvman 3 tahun penj4ra atas kes4lahan mengambil bahagian dalam pr0tes besar-besaran terhadap kerajaan junt4.

Akaun media sosial beliau dengan jutaan pengikut juga telah dipadam, kemungkinan besar secara p4ksa oleh pihak kerajaan. Beliau dit4han di rumahnya yang terletak di Yangon di mana lebih 50 askar tiba menaiki 8 trak askar untuk men4han beliau; menurut kenyataan adik perempuannya.

Paing Takhon telah dit4han oleh pihak junta sejak April lalu dan hukvman penj4ra baru dijatuhkan pada minggu ini. Khin Maung Myint, peguam untuk Paing memberitahu AFP bahawa Paing akan dihvkum ‘penj4ra 3 tahun dengan kerja buruh’.

Ketika perbicaraan, Paing mengaku terlibat dalam pr0tes tersebut dan hvkuman dijatuhkan terus selepas mendengar pengakuan Paing. Selain itu, 120 selebriti Myanmar lain turut dibvru kerajaan junt4 Myanmar kerana ‘bercakap buruk’ kepada dunia tentang cara mereka menjaga negara.

Setakat ini, 7,000 orang telah dit4ngkap dan lebih 1,000 orang m4ti dalam beberapa siri pr0tes terhadap pihak junt4 sejak awal tahun 2021. Pemerhati bebas pilihan raya Myanmar bersepakat mengatakan pilihan raya umum Myanmar sebelum ini adalah adil tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan junt4.

sumber: the vocket