Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu atau lebih dikenali sebagai Peja yang did4kwa ‘hilang’ ketika banjir berkata dia hanya berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), selama 12 jam.
Timbalan presiden Bersatu berkata dia pada mulanya ke sana untuk bertemu anak-anak yang berada di United Kingdom (UK).
Katanya, pertemuan dibuat di Dubai kerana terdapat kes 0micron yang tinggi di UK.
Bagaimanapun, katanya, selepas banjir, dia memutuskan untuk pulang ke Malaysia.
“Memang saya ada mohon cuti dan bila diluluskan, saya ke Dubai pada hari Rabu lalu untuk bertemu anak-anak.
“Namun begitu, melihatkan kepada keadaan banjir yang mel4nda negara, hati saya jadi tak tent3ram.
“Jadi, saya buat keputusan untuk beli tiket pulang hanya selepas kira-kira 12 jam berada di sana.
“Saya sempat duduk berbual seketika dengan anak-anak sebelum berlepas pulang pada pukul 8 pagi Khamis, sebelum ar4han pulang dibuat perdana menteri,” katanya kepada UtusanTV.
Anggota parlimen Tambun, Perak itu kini menjalani kuarantln kendiri di ibu negara.
Mohon maaf, akui kelem4han
Mengakui memahami kek3cewaan dan penderltaan rakyat, dia bagaimanapun meminta maaf dan mengakui kelem4han.
“Saya tahu saya penjawat awam, saya sedar kepentingan rakyat lebih didahulukan. Itu peng0rbanan yang perlu dibuat.
“Saya minta maaf, saya mengaku ada banyak kelem4han. Walaupun saya menteri dan tidak sempurna tetapi tidak sampai tahap mahu menylsihkan rakyat.
“Saya faham semua penderltaan kerana saya juga pernah berada dalam situasi sukar. Tiada kerja dan sebagainya,” dia dipetik sebagai berkata.
Faizal berkata dia telah mengadakan mesyuarat maya bagi menggerakkan sukarelawan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membantu m4ngsa banjir.
sumber: inforakyat.net
More Stories
Enggan Peranannya Terus Dipertikai, Dr Afifi Pulangkan Gelaran ‘Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan
Seorang Datuk Didakwa Selepas Terbangkan Sebuah Helikopter Untuk Ambil Nasi Ganja Di Ipoh
Dibiar Kepanasan Tanpa Penghawa Dingin Selama Sejam, Penumpang Luah Kekecewaan Terhadap Servis MAS